Joseph Schooling Hero Singapura di Olimpik Rio

Tidak hairanlah awal pagi Sabtu menjadi memori paling manis buat warga Singapura apabila anak muda berusia 21 tahun ini menjadi hero mereka di Olimpik Rio. Joseph Schooling mencatat sejarah sebagai atlet pertama yang menjulang pingat emas buat republik itu serta berjaya menundukkan taklukan Micheal Phelps dalam acara kegemaran bintang Amerika Syarikat itu, 100 meter kuak kupu-kupu.
Lebih manis apabila Schooling turut memecahkan rekod Olimpik dengan catatan 50.39saat untuk merangkul pingat emas itu. Sementara itu, pingat perak dikongsi oleh Phelps, Chad Le Clos (Afrika Selatan) dan Laszlo Cseh (Hungary). Ternyata ia adalah antara sejarah yang paling mengujakan dalam temasya sukan kali ini.

Schooling tanpa berselindung mengakui Michael Phelps adalah idolanya dan menjadi pembakar semangatnya untuk berusaha menjadi perenang terbaik. Dia pernah bertemu dengan Phelps ketika berusia 8 tahun dalam kem renang di Singapura. Sokongan padu oleh kedua ibu bapanya juga adalah sebab utama atlet kebanggaan Singapura ini mampu untuk melangkau jauh mengapai impiannya untuk menjadi yang terbaik di dunia.
“Jika bukan kerana Michael, saya tidak rasa saya akan sampai ke peringkat ini. Sejak kecil saya ingin menjadi sepertinya. Saya juga mahu menang. Dan selalu memikirkannya kerana Michael adalah sebab saya mahu menjadi perenang terbaik.” Kata Schooling ketika sidang media selepas upacara menyampaian pingat yang turut menjadi kali pertama lagu Majulah Singapura berkumandang di gelanggang Olimpik.

Awal pagi tadi menjadi bukti kesungguhan anak muda ini yang menjalani latihan sendirian di Texas, Amerika Syarikat untuk melayakkan diri mewakili Singapura. Dia turut berdepan dengan kewajipan untuk khidmat ketenteraan namun meminta dikecualikan supaya tidak mengganggu latihan menjelang kejohanan Olimpik ini.
Perenang muda ini juga kini menjadi wira buat semua anak muda akan kesungguhan serta semangat jitu yang tinggi dapat membantu dalam mengejar impian. Phelps sendiri gembira dengan pencapaian Schooling dan tidak sabar untuk melihatnya beraksi di Olimpik 2020 Tokyo nanti.
Paling bangga adalah Colin dan May Schooling, ibu bapa yang menjadi paksi kejayaan anak mereka hari ini. Ibunya berada di Rio menemani Schooling di sana sementara bapanya menonton setiap detik perlumbaan pagi tadi bersama keluarga terdekat dan rakan baik mereka di Singapura.
Foto: Todayonline Facebook & Rio Facebook
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Kapten Batik membuka butik utama di The Gardens Mall, meraikan warisan batik Malaysia yang meraikan warisan dan rekaan moden.











