SEPULUH ATLET TERCANTIK OLIMPIK 2016
TEKS: RYAN MOHAMAD
Fokus kini tertumpu di Rio bersempena Sukan Olimpik yang sedang berlangsung. Selain rekod baru yang ingin dilihat melalui pencapaian atlet dunia, pesona mereka juga menjadi punca utama rating meningkat buat penonton dunia melalui medium media sosial mahupun siaran secara langsung. Saya senaraikan 10 atlet tercantik untuk Olimpik Rio 2016.
LERYN FRANCO, PARAGUAY
Lontar Lembing
Atlet profesional, pelakon dan model. Dia mula bertanding di Sukan Olimpik 2004, 2008 dan 2012. Lontaran terbaiknya pada 57,77 meter dan mecatatkan rekod terbaik untuk negaranya pada 2011. Pernah membintangi dilem Eliza Lynch: Queen of Paraguay dan dia juga merupakan naib juara untuk Miss Universo Paraguay pada tahun 2006.
Instagram @lerynfranco1
ALY RAISMAN, AMERIKA SYARIKAT
Gimnastik
Aly adalah kapten pasukan Gimnastik Wanita AS pada tahun 2012 dan memenangi beberapa pingat emas. Salah satu daripada aksinya yang paling membanggakan ialah di Sukan Olimpik 2012. Dia pernah membintangi siri realiti TV Dancing With The Stars dengan memenangi tempat keempat. Dia merupakan wanita Amerika pertama memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012.
Instagram @alyraisman
ANA LVANOVIC, SERBIA
Tenis
Pemain tenis professional untuk Serbia, dia kini menduduki ranking nombor enam oleh Persatuan Tenis Wanita (WTA). Dia menjadi pemain profesional pada Ogos 2003 dan telah memenangi Kejohanan Juara-Juara WTA 2010 dan 2011. Menduduki tempat ke tujuh dunia pada 2015 dan Olimpik Rio 2016 merupakan penglibatannya yang ketiga kali.
Instagram @anaivanovic
PAIGE SELENSKI, AMERIKA SYARIKAT
Hoki Padang
Selenski adalah atlet wanita berbadan fitness tercantik, satu penghormatan diberi majalah ESPN edisi ‘Body Issue’. Lulusan Universiti Virginia ini memenangi pingat emas pada Sukan Pan Amerika pada 2011.
Instagram @paigeselenski
MELANIE ADAMS, AUSTRALIA
Lompat Galah
Namanya bukan asing untuk Sukan Olimpik. Dia merangkul juara peringkat kebangsaan sebelum usianya mencecah 21 tahun. Biarpun dia seorang atlet, dia juga model dan punya harapan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe. Melibatkan diri dalam sukan ini sejak berusia 11 tahun.
Twitter @meladamsfitness
SOPHIE HORN, BRITAIN
Golf
Hebat dalam sukan golf hingga dinobat Norfolk County Champion untuk tiga tahun berturut-turut bermula usianya baru 15 tahun. Dia juga seorang jurulatih peribadi yang berkelayakan dan merupakan finalis untuk “Maximuscle Body 2009”. Wajahnya terpampang dalam berbagai majalah ternama.
Twitter @sophiehorn
ALLISON STOKKE, AMERIKA SYARIKAT
Lompat Galah
Pemegang ijazah sarjana dari Universiti California Berkeley semasa giat berlatih untuk Olimpik 2016 ini. Dia menjadi wajah jenama Nike dan Athleta pada 2015 dan dirinya telah dijadikan kajian untuk watak Korra dalam The Legend of Korra.
Instagram @allisonstokke
GENIE BOUCHARD, KANADA
Tenis
Merupakan individu pertama dari Kanada untuk sampai ke peringkat akhir Grand Slam dalam acara perseorangan dan lantas menjadi naib johan tewas kepada Petra Kvitova. Merupakan pemaian tenis wanita ranking nombor 42 di dunia dan punya kakak kembar bernama Beatrice.
Instagram @geniebouchard
YANA KUDRYAVTSEVA, RUSIA
Gimnastik Berirama
Remaja asal Rusia ini bakal menginjak usia 18 pada 30 September ini. Usia muda bukan penghalang merangkul pingat terutamanya di peringat Eropah dan dunia. Dia pemegang rekod sebagai individu termuda dalam sukan gimnastik berirama yang memenangi kejuaraan dunia pada usia 15 tahun.
Instagram @kudryavtseva_y
JACQUELINE CARVALHO, BRAZIL
Bola Tampar
Punya ketinggian 6’1″ dan berambut coklat membuat anda tak berkelip mata pabila melihat aksi bola tampar. Telah menggengam dua pingat emas dan anugerah Best Spiker di FIVB World Grand Prix 2010. Mampukah kecantikan mengatasi aksi persembahan? Sama-sama kita nantikan.
Instagram @jaque1212
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE
Wajah hot ditambah gaya fesyen yang cukup bergaya, Alysia Basree, model yang menjadi pilihan girl crush GLAM Lelaki kali ini!
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK
Nama Dhan Illiani menjadi satu nama yang cukup dikenali dalam kalangan anak seni. Topik unik di dalam karya-karyanya menarik perhatian ramai.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR
Menjadi inspirasi buat gadis-gadis di media sosial untuk menghargai natural curl, Sharifah Areeqa rajin berkongsi tips kecantikkan rambutnya.
TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY
BOSS membawakan kempen baharu dengan menampilkan tiga figura terkenal dunia: Loris Karius, Matteo Berrettini, dan Miles Chamley-Watson.
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.