RIUH IN THE CITY EDISI MERDEKA 2025: PUTRAJAYA
Putrajaya bergema dengan semangat kemerdekaan apabila Riuh in the City edisi Merdeka 2025 membuka tirainya dengan penuh meriah. Betul-betul permulaan yang gempak! Dalam enam jam pertama sahaja, pengunjung sudah disajikan dengan tenaga tanpa henti di pentas utama, keseronokan interaktif di bengkel kreatif, serta pelbagai juadah tempatan yang menggoda selera. Inilah magis yang mencetuskan momentum awal dan menjadi pemanas suasana untuk sepanjang hujung minggu.
SOROTAN PENTAS HIBURAN
Seperti dijangka, sorotan utama datang daripada pentas hiburan dengan barisan artis tersohor tanah air. Nama-nama besar seperti Misha Omar, IamNeeta, Yuna dan ramai lagi berjaya menyalakan api emosi khalayak dengan lantunan lagu patriotik, balada penuh jiwa dan irama moden yang menghubungkan pelbagai generasi. Setiap persembahan bagaikan satu naratif. Meraikan bukan sahaja muzik, tetapi juga kebersamaan rakyat Malaysia.
Kemunculan Yuna hanya 30 minit sebelum detik tengah malam benar-benar mencipta magis di pentas. Dengan suara yang merdu dan karisma yang memukau, seluruh penonton seolah-olah hanyut dalam setiap bait lagunya. Lebih istimewa, ribuan hadirin turut sama menyanyi beramai-ramai, menjadikan suasana begitu syahdu dan merinding. Ia bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah momen kolektif yang menyatukan semua.
BAZAR, SENI & KOMUNITI
Tidak ketinggalan, ruang bazar dan pameran kreatif turut menjadi nadi acara. Usahawan tempatan mempamerkan produk unik dari fesyen, seni, makanan jalanan hingga ke barangan gaya hidup, menambah kepelbagaian dan warna pada suasana. Dengan kehadiran pengunjung yang membanjiri Putrajaya, Riuh in the City sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform ikonik yang menyatukan seni, budaya, komuniti dan hiburan dalam satu pengalaman kolektif.
LEBIH DARI SEKADAR FESTIVAL
Riuh in the City edisi Merdeka 2025 bukan sekadar festival. Ia adalah pernyataan tentang semangat Malaysia yang bersatu, kreatif dan penuh kebanggaan. Dalam 12 jam pertama sahaja, suasana di Putrajaya sudah dipenuhi dengan tenaga tanpa henti; daripada persembahan memukau artis tanah air seperti Priscilla Abby, Balan Kash dan Yuna, hinggalah tarian singa yang mendebarkan. Detik kemuncak tiba dengan countdown ikonik menjelang tengah malam, disusuli percikan bunga api yang menggegarkan langit Putrajaya.
Artikel Berkaitan: MERDEKA WEEKEND ITINERARY: AKTIVITI WAJIB DI KL DAN SEKITARNYA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
RAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN COACH
Duta global Coach dan rakan jenama mengajak ahli keluarga mereka untuk tampil membintangi Kempen musim percutian 2020. Penampilan mereka dalam suasana berlibur menjunjung tema "Holiday is Where You Find It".
KENALI ADAM SINCLAIR, ‘CRUSH’ YUNA ZARAI
Jom kita kenali lebih dekat siapakah 'crush' kepada penyanyi popular, Yuna Zarai. Ini dia 5 fakta menarik tentang Adam Yusof Sinclair.
15 Heroes of Malaysia 2016
GLAM Lelaki menyanjungi dan menghargai jasa mereka yang telah memartabatkan nama Malaysia di mata dunia. Merekalah, 15 Heroes of Malaysia 2016.
AIM22: Siti Nurhaliza Terus Ungguli, Yuna & Sheila Majid Gemilang
Setelah tertangguh setahun, AIM 22 kembali menjulang karyawan yang telah bertungkus lumus dalam pembikinan sesebuah melodi dan album.
Keputusan Anugerah Planet Muzik Ke-15
Anugerah Planet Muzik 2016 buat pertama kali disiarkan secara langsung daripada The Theare 1 Stars Avenue Mediacorp, Singapura