Skip to content

RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

Kongsikan artikel ini

Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri. 

BTS is back? Ahli superstar K-Pop BTS, RM, V, Jimin dan Jungkook kini kembali selepas 2 tahun berada di dalam perkhidmatan tentera. V dan RM merupakan ahli ketiga dan keempat yang berjaya menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka, mengikuti jejak Jin dan J-Hope. Mereka telah menamatkan perkhidmatan tentera mereka pada 10 Jun 2025, dijemput oleh lebih kurang 1,500 peminat, ARMY yang berada di hadapan syarikat HYBE. Kedua dua mereka memulakan latihan tentera pada Disember 2023. RM juga menunjuk bakat hebatnya dalam bermain saksofon buat peminat yang menanti kepulangan mereka.

bts perkhidmatan tentera

Ketika acara menyambut kepulangan RM dan V di Chuncheon bersama lebih kurang 250 peminat, ARMY meraikan mereka dengan belon dan sepanduk yang cukup meriah. Mereka berdua juga kemudian melakukan siaran langsung bersama, untuk berkomunikasi bersama ARMY dari seluruh dunia. Kedua-dua ahli ini telah menunaikan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka dengan penuh tanggungjawab. RM sebagai anggota pancaragam tentera Divisyen Ke-15, dan V sebagai anggota Pasukan Tugas Khas di bawah Polis Tentera Kor Ke-2 Tentera Darat.

bts perkhidmatan tentera

Kepulangan Jimin Dan Jungkook Selepas RM dan V

Pada 11 Jun 2025, Jimin dan Jungkook pula kembali selepas menyelesaikan latihan ketenteraan mereka selama 18 bulan. Kepulangan Jimin dan Jungkook juga disambut dengan penuh meriah, dari peminat serata dunia. “Terima kasih kepada semua yang hadir. Sudah cukup lama saya tidak berada di hadapan kamera. Saya tidak memakai sebarang solekan hari ini, jadi saya sedikit malu. Saya tidak tahu apa untuk dikatakan.” ujar Jungkook, tersipu-sipu.

bts perkhidmatan tentera

“Terima kasih banyak kerana sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan kami. Dan kepada ARMY, terima kasih kerana telah menunggu sekian lama. Dari waktu pandemik sehinggalah perkhidmatan ketenteraan kami. Kini setelah kami selesai menjalani khidmat tentera, kami akan mula melukis gambaran yang telah lama kami sediakan. Kami akan menunjukkan perkara yang lebih baik mulai sekarang.” ujar Jimin pula. Kini, ARMY hanya perlu menanti kepulangan Suga pada hujung bulan ini sebelum BTS lengkap sebagai satu kumpulan. Ketujuh-tujuh ahli BTS dijangka bakal membuat kemunculan semula bersama pada tahun ini.

bts perkhidmatan tentera

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 28 tahun diwajibkan oleh undang-undang untuk menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 18 hingga 21 bulan. Ia berada di bawah sistem kerahan tenaga yang bertujuan untuk menghalang pencerobohan dari Korea Utara yang merupakan musuh.

Undang-undang tersebut memberikan pengecualian khas kepada atlet, pemuzik klasik dan tradisional, serta penari balet dan penari lain jika mereka memenangi hadiah utama dalam pertandingan tertentu. Kemudian, jika mereka dinilai telah mengharumkan nama negara, seperti BTS sendiri. Bintang K-pop dan penghibur lain tidak diberi keistimewaan sedemikian. Namun begitu, ahli-ahli BTS dapat menangguhkan perkhidmatan mereka selepas Dewan Negara meluluskan pindaan Akta Perkhidmatan Ketenteraan. Akta ini membenarkan bintang K-pop menangguhkan penyertaan sehingga umur 30 tahun.

Pautan Berkaitan: TRANSFORMASI FIZIKAL V BTS BIKIN PEMINAT TAK KERUAN

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW

Bacaan Lanjut