SEL OTAK ROSAK ANGKARA GPS?
Apa benar dakwaan ini? Penggunaan GPS yang berleluasa sebenarnya boleh merosakkan sel otak? Sejauh mana kebenaran ini? Di zaman teknologi serba canggih ini memperlihatkan bagaimana manusia sering kali bergantungan pada alatan elektonik, termasuk penggunaan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk mencari jalan ke sesuatu tempat.
Namun, satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal ‘Nature Communication’ oleh para saintis melalui laman web LiveScience.com mengkaji kesan penggunaan terlalu bergantung harap pada alat GPS ini kepada otak dan mendapati mereka yang sering menggunakannya akan mematikan bahagian otak yang digunakan untuk kemahiran navigasi.
Berdasarkan penyelidik daripada Jabatan Psikologi Experimen, Universiti London College, Hugo Spiers berkata, apabila kita memiliki kemampuan teknologi untuk memberitahu ke mana arah yang harus dituju, bahagian-bahagian otak tidak akan bertindak-balas dengan keadaan sekeliling akibat terlalu bergantung harap pada GPS. Tambahnya lagi, penggunaan gps yang terlampau kerap juga bakal memberi kesan jangka panjang dimana pengguna akan sukar untuk melalui jalan-jalan yang biasa dilalui tanpa menggunakan bantuan tersebut.
Sumber: LiveScience.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER
Baru 18 bulan menaiki takhta, Raja Charles III disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki, kanser prostat.