SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN
BAGAIKAN MENIKMATI MASAKAN IBU – BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
Banyak pilihan menu yang dihidangkan seperti rangkaian Kerabu, salad, Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga pilihan menu bufet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha (Bebola kambing Arab), Ayam Masala masak cara India, Jelfrezi sayur, Filet Salmon, tomato, Salsa Timun dengan sos Lada Bengala merah, Sous Vide Beef Steak dengan cendawan, kupang Goreng Mentega dan Lada Hitam dan Udang Harimau Goreng Kuali.

Jika anda inginkan makanan yang lebih tradisional, Berjaya Times Square Hotel turut menyediakan hidangan seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kepala Bidara, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara. Acara berbuka puasa anda tidak lengkap tanpa pilihan manisan yang disediakan. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis buahan, kuih tradisional Melayu, Mango Charlotte, Kek Pandan Keju Chifon, Brownie Coklat, Fruit Flan, Mixed Berry Panna Cotta, agar-agar santan dan kacang hijau dan banyak lagi.

Bazar Ramadan Berjaya Times Square Hotel ini akan diadakan bermula dari 8 Mei sehingga 2 Jun 2019 bermula dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam di tingkat 14. Untuk minggu pertama (8 hingga 12 Mei 2019) dan minggu terakhir (29 Mei sehingga 2 Jun 2019) promosi, harga untuk dewasa adalah RM118 sementara harga untuk kanak-kanak adalah RM48. Pada 13 Mei sehingga 28 Mei 2019, harga untuk dewasa adalah RM128 manakala untuk kanak-kanak adalah RM58.

Tawaran istimewa untuk anda, nikmati satu kemasukan percuma jika lapan dewasa membayar penuh untuk bufet tersebut. Dan bagi tempahan awal, anda boleh mendapatkan baucar bernilai RM98 nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant di talian ini 03-2117 8000 (ext.8133) atau layari laman web rasmi Berjaya Time Hotel.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.











