SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN
SAJIAN ANEKA RASA – RENAISSANCE HOTEL KUALA LUMPUR
Bertemakan ‘Sajian Aneka Rasa’, pasukan chef berbakat yang dipimpin oleh Chef Eksekutif Supi Mansor kini bersedia menawan perut anda dengan menghidangkan eneka menu yang menyelerakan, termasuk stesen-stesen memasak menampilkan hidangan dimasak secara langsung khas buat anda.

Mulakan ‘pengembaraan’ buka puasa anda bersama yang tersayang dengan menikmati hidangan sup istimewa tulang rawan hasil tangan Chef Supi sup tulang rawan, gulai kawah daging kambing buatan sendiri Chef Azrul, kambing panggang dan banyak lagi.

Selaras dengan falsafah hotel melibatkan komuniti di sekeliling bagi meraikan rasa tempatan, hotel ini turut menampilkan vendor makanan tempatan, Pak Udin dalam mempamerkan lemang bakarnya yang terkenal – hidangan Melayu yang terdiri daripada beras ketan, santan , garam dan dimasak di atas api perlahan dalam tong buluh berongga sebagai sebahagian daripada buffet istimewa ini.

Turut tersedia adalah barisan hidangan enak seperti kerabu mangga muda, ulam, tauhu sumbat and acar buah, hinggalah ke hidangan utama seperti ayam percik, daging rendang, sambal udang petai, kari kepala ikan, bubur lambuk, dan kari kambing. ‘Sajian Aneka Rasa’ menawarkan harga serendah RM138 untuk orang dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak bermula dari 5 Mei hingga 3 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadan. Untuk tempahan, hubungi +603 2771 6692 atau emel rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.











