Skip to content

SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN

Kongsikan artikel ini
8 of 8

LAMBAIAN DESA – PALACE OF GOLDEN HORSES

Mengangkat tema ‘Lambaian Desa’, bertempat di Carousel International Coffeehouse di Palace of The Golden Horses, menyediakan variasi hidangan tempatan dan antarabangsa yang pasti menambat selera kala anda berbuka puasa bersama yang tersayang. 15 chef profesional membanting tulang bagi menyediakan hidangan buka puasa yang pastinya istimewa untuk anda sekeluarga.

Antara hidangan yang menarik perhatian adalah kambing bakar yang diperap dengan ramuan rempah ratus terpilih. Yang menariknya, terdapat stesen khas yang menghidangkan ikan bakar, terdiri dari jenis tenggiri, kembung, cencaru selain udang, sotong dan otak-otak. Tidak dilupakan stesen pemanis mulut di mana sedia terhidang kepelbagaian jenis pencuci mulut dari cendol, aiskrim sehinggalah ke seleksi kuih muih tradisioanal mahupun antarabangsa. Pendek kata, hampir 150 variasi menu boleh dinikmati dari 15 stesen.

Ramadan Lambaian Desa yang mengenakan harga RM138 untuk orang dewasa manakala RM69 bagi kanak-kanak. Secara keseluruhan terdapat 150 jenis hidangan yang boleh dipilih daripada 15 stesem di Carousel International Coffeehouse dan khusus di bulan Ramadan, pihak pengurusan PGH turut menyediakan 200 khemah atau markey tent di padang. Untuk menempah, sila hubungi 03-8946488 sambungan 3781 atau 0123052609.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mei 2019

 

8 of 8

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut
'BOOK CLUB' KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA

‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA

Bacaan Lanjut
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER

LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER

Bacaan Lanjut
Transisi Mega: Mark dan Ten Mencipta Identiti Baharu

TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut