Siapa Paling Bergaya 2014?
December 15, 2014
TAHUN INI MENYAKSIKAN KEHADIRAN BARISAN LELAKI BERGAYA DENGAN STAIL TERSENDIRI. STAIL, ETIKA DAN PERSONALITI YANG MENGAGUMKAN MENGANGKAT MEREKA SEBAGAI LELAKI PALING BERGAYA 2014.
DAVID BECKHAM
PERKERJAAN: Usahawan dan personaliti.
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: David Beckham sememangnya diangkat sebagai ikon fesyen terbaik sepanjang zaman, tetapi tahun ini dia sekali lagi menyerlah disebabkan ajnas gayanya di pelbagai acara.
ADAM LEVINE
PERKERJAAN: Penyanyi & pelakon
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Ternyata tema rock menjadi nadi dalam keseluruhan penggayaannya. Namun dia juga berani mencuba pelbagai gaya seperti memakai sut dan blazer apabila menghadiri acara formal.
NORMAN REEDUS
PERKERJAAN: Pelakon
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Gayanya tidaklah menegaskan gaya klasik atau preppy, tetapi lebih kepada gaya attitude tersendiri. Menurut pengikut fesyen, Norman banyak menginspirasikan stail lelaki muda hari ini.
BENEDICT CUMBERBATCH
PERKERJAAN: Pelakon & produser filem
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: He’s like the epitome of British man. Bijak bergaya, peramah dan berbakat besar adalah gambaran sempurna tentang pelakon, Benedict Cumberbatch. Dia memukau ramai pengikut fesyen dengan keterampilannya di acara-acara fesyen, majlis tayangan filem atau majlis pelancaran filem. Peminat wanita menggilai keunikan matanya.
DAVID GANDY
PERKERJAAN: Model
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: David sentiasa tampil menawan dalam apa jua tema gaya yang digayakan. Pelbagai tip fesyen dan grooming turut boleh di adaptasi darinya. Paling jelas David gemarkan gaya dandy.
TOM HARDY
PERKERJAAN: Pelakon & pengarah
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: Keperibadian Tom Hardy terarah rebellious serta lebih selesa dengan hanya menyarung t-shirt dan denim. Namun, pabila muncul di majlis-majlis formal dia tetap memcuba bergaya formal seperti sut.
BRYAN CRANSTON
PERKERJAAN: Pelakon, produser & pengarah
ASAL: Amerika
STAIL PERIBADI: Setiap kali menghadiri majlis-majlis mewah, Bryan seringnya dirakam dalam helaian formal seperti sut hitam, sut kelabu, tuksedo dan sut biru. Bryan juga bijak bermain dengan aksesori seperti bow tie, skarf dan topi fedora bagi menyerlahkan gayanya.
JARED LETO
PERKERJAAN: Penyanyi, pelakon, pengarah & aktivis
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Dia bijak mengabungkan stail rock dan formal dalam satu penggayaan. Gaya paling ikonik Jared Leto tahun ini adalah pada majlis Oscar, di mana dia mengenakan sut putih Saint Laurent Paris.
JAMIE DORNAN
PERKERJAAN: Model & pelakon
ASAL: Ireland
STAIL PERIBADI: Benar, apa-apa sahaja tema dan gaya kepada Jamie Dornan, pasti dia berjaya menonjolkannya. Disebabkan dia memiliki kriteria sempurna seorang model (kurus, tinggi dan fotogenik), seringnya dia tampil stylish pada setiap masa.
VICTOR CRUZ
PERKERJAAN: Pemain Ragbi
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Di luar padang, Victor sering dirakam memperagakan sut, kemeja, sweater, floral shirts dan pelbagai aksesori lelaki. Dia mengangkat the new age of men’s dressing.
LEBRON JAMES
PERKERJAAN: Pemain Bola Keranjang
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Lebron memang cintakan fesyen dan sebab itulah dia berani bermain dengan warna dalam penampilan. Merah, biru dan printed sweater pun dia berani pakai.
PHARRELL WILLIAMS
PERKERJAAN: Pemuzik
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Pharrell antara sebilangan pemuzik yang berani mencuba pelbagai gaya, lantas melambangkan identitinya yang sebenar. Tahun ini sahaja, Pharrell telah mencetuskan fenomena ‘mountain hat’ yang dikatakan gaya paling ikonik di musim anugerah 2014.
IDRIS ELBA
PERKERJAAN: Pelakon & Produser
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: Idris Elba mempunyai personaliti yang disenangi ramai, apa sahaja yang digayakan nampak ‘terletak’ dan mencuri perhatian. Walaupun sekadar t-shirt putih, Idris tetap kelihatan bergaya dan mencerminkan keperibadiannya. Stailnya wajar dijadikan contoh buat lelaki bercita rasa klasik dalam fesyen.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKAN AMY LEE! LINKIN PARK TAMPILKAN EMILY ARMSTRONG SEBAGAI VOKALIS UTAMA
Dengan kehadiran ahli baru, Linkin Park kini sedang rancak menjayakan konsert From Zero World Tour dari Los Angeles ke New York, Hamburg, London, Seoul dan Bogota.
7 IKON LEGENDA “HOT DADDY” HERO MALAYSIA
Hero-hero Malaysia 50-an membuktikan bahawa usia bukan penghalang, tetap memikat sebagai "Hot Daddy" dengan karisma yang kekal abadi.
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025.
N.FLYING BAKAL HIBURKAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SULUNG DI MALAYSIA
Bakal berlangsung pada 1 Disember di Zepp Kuala Lumpur, kedatangan mereka adalah untuk menjayakan konsert 2024 N.Flying Live ‘Hide-Out’ in Kuala Lumpur.
MENGAPA BATMAN TIDAK DITAMPILKAN DALAM SIRI THE PENGUIN?
Penerbit eksekutif, Matt Revees memaklumkan Robert Pattinson tidak akan membuat kemunculan sehinggalah The Batman Part II diterbitkan.
ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR
Jeff Satur baharu sahaja diumumkan Ray-Ban sebagai wajah kempen baharu. Menampilkan gaya terkini menginspirasikan ekspresi diri yang asli, berani dan yakin.