Skip to content

SITI NURHALIZA TETAP UNGGUL DI KONSERT JELAJAH, BUKTI DIRINYA TIADA GALANG GANTI

Kongsikan artikel ini

Dato’ Sri Siti Nurhaliza. What else can we say about her? Walaupun dunia muzik tanahair dilihat kian didominasi penyanyi-penyanyi muda atau lebih dikenali sebagai BBNU, namun nama Siti Nurhaliza tetap utuh, unggul dan kiranya masih belum ada mana-mana artis yang bisa menyaingi kehebatannya. She’s definitely our own national treasure.

Dan sabtu lalu,  GLAM Lelaki berpeluang menyaksikan kehebatan penyanyi lagenda di konsert penutup jelajahnya semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil disaksikan lebih dari 10 ribu penonton. Rata-rata ramai yang berpuas hati malah kagum dengan vokal Tokti yang masih hebat!

Penyanyi nombor satu negara itu melantunkan lebih 30 buah lagu hits yang menjulang namanya sehingga hari ini dalam konsert yang berlangsung selama lebih dua jam. Sebagai pembuka, Siti mengenang dan memberi penghormatan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dimana Siti mendendangkan beberapa buah lagu ciptaan komposer itu menerusi segmen khas seperti Cindai, Balqis, Hati Kama dan Nirmala.

Selain Pak Ngah, Siti juga turut memberi penghormatan buat satu lagi insan seni di sebalik bermulanya karier Siti sebagai anak seni iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. Berulang kali Siti menzahirkan ucapan penghargaan buat Datuk Adnan Abu Hassan, menyaksikan Siti sendiri turut sebak.

Selain itu, antara highlight terbaik adalah di mana Siti menyanyikan lagu Jaga Dia Untukku, masterpiece yang dicipta khas buat suaminya, Datuk Seri Khalid sewaktu ditimpa kemalangan motorsikal di New Zealand sehingga terlantar sakit selama empat bulan. Jelas Siti, “Saya membuat keputusan untuk berhenti menyanyi selama empat bagi menjaga suami saya yang kemalangan sehingga dia betul-betul sihat,”

Vokal Siti pula tidak perlu lagi dipertikaikan. Lantunan, emosi dan penghayatannya membuatkan penonton terpukau sambil turut menyanyi bersama, apatah lagi setiap kali vokalnya mengenai nada tinggi, gamat dibuatnya dengan sorakkan penonton yang nyata terkesima dengan persembahan beliau. Secara keseluruhannya, GLAM Lelaki amat berpuas hati dengan konsert Siti dan mengharapkan agar Siti kekal menjadi dirinya.

Tiada galang ganti. Itulah Siti Nurhaliza.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Mac 2019

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut
PARIS MEN'S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?

PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?

Bacaan Lanjut
selebriti wanita

KENAL PASTI 5 SELEBRITI & PERSONALITI MEDIA SOSIAL WANITA YANG CANTIK & FREE HAIR

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut