‘SULTAN MALAYSIA’, AISAR KHALED BERJIWA SOSIAL TINGGI
Fenomena glamor di sosial media bukan baru, ramai dikenali kerana muat naik content no brainer… sejujurnya ‘terlalu ramai’ namun begitu tidak semua.
Dengan pengikut di Instagram mencecah 5.6 juta , 16.4 juta – Tiktok, 118K – Facebook dan 1.7 Juta di Youtube, Aisar Khaled berjaya membuktikan sosial media ada manfaatnya jika digunakan dengan sebaik mungkin sehingga dirinya dijulang dengan jolokan sebagai ‘Sultan Malaysia’. GLAM Lelaki mengungah seorang anak muda yang menjadi bualan lokal dan yang kini melebarkan pengaruhnya ke negara jiran, Indonesia.
Kenali Aisar Khaled
Aisar Khaled, 25 merupakan anak kelahiran Malaysia yang lahir pada tanggal 6 Ogos 2000, anak dari pasangan Khaled Kamel dan Roslina Abdul Rashid. Aisar mula mencuri perhatian apabila dia tersentuh dengan kejadian yang menimpa seorang penghantar makanan – motosikalnya telah disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan atas kesalahan tidak memiliki sijil cukai jalan (roadtax) yang sah. Kurang dari 24 jam, Aisar dengan segera menunjungi pemuda Bernama Syahrul dan selepas berbual untuk memahami apa yang berlaku, Aisar telah menghadiakan rider tersebut sebuah motosikal baru daripada jenama LC serta sejumlah wang perbelanjaan (nilai yang dirahsiakan) yang membuatkan pemuda itu menitiskan air mata dan saling berpelukan. Sifat perihatin Aisar ini telah berjaya menambat hati netizen yang rata-rata memuji dan memberikan komen positif.
Pemuda yang memegang Diploma Pengurusan Pemasaran dari Kolej Swasta, Sentul Kuala Lumour ini tidak disia-siakan. Usai habis belajar, dia terus memulakan perniagaan jalanan – menjual baju Melayu dan menjual air boba malah berjaya mengajikan 15 pekerja. Usaha kerasnya telah berjaya membuahkan hasil apabila pada 22 Mac 2022, Aisar membeli sebuah unit kondominium bernilai RM1 Juta di Kuala Lumpur, disusuli dengan rumah teres 3 tingkat bernilai RM1.5 Juta yang telah diubahsuai menjadi pejabat.
Aisar Khaled juga pernah menjinakkan diri bergelar sebagai seorang pelakon dengan memegang beberapa watak dalam filem dan drama di Malaysia. Beberapa judul yang pernah ia bintangi adalah Lingkungan Cinta, Suri Hati, Villa Kristal, Chandelier, Cerita Hantu Asrama, Jeriji Patin, Misteri Wak Leman dan Ijam, serta di filem Gila Gusti dan Hantu Ke Lima (Astro First).
Berjiwa Sosial Tinggi
Jika diselak laman sosial media Aisar, social experiment dengan isi kandungan yang mencuit hati disulami sikap terbukaan dan ‘genuine’ yang dilakukan adalah menepati citarasa netizen Malaysia. Lebih menyeronokan setiap hari Jumaat Aisar akan menawarkan hadiah berupa wang ringgit sebanyak RM60,000 setiap minggu. Penglibatan Aisar sebagai selebriti media sosial atau Instafamous sejak sekolah menengah, dengan memanafaatkan Youtube, Instagram, Facebook dan Tiktok secara maksima.
Kini, Aisar melebarkan sayap ke negara jiran, Indonesia. Tersentuh dengan kesusahaan rakyat Republik itu dalam mencari rezeki dan setiap hari bertarung nyawa demi sesuap nasi, mungkin atas alasan tersendiri ini kenapa dia memilih Indonesia sebagai rumah kedua buatnya. Muat turun paparan dirinya sebak di KLIA sewaktu mencium tangan ibunya pada 21 December 2024 telah meraih sebanyak 6.7juta views dan 5.4 juta views dari posting yang berasingan.
GLAM Lelaki turut terharu dan mengucapkan tahniah kepada Aisar Khaled kerana berjaya menjadi contoh anak muda yang berjiwa sosial tinggi dan semoga segala kebaikan dibalas dengan lebih keberkatan.
Artikel Berkaitan: 5 Bintang Hollywood Yang Bergelar Aktivis Alam Sekitar
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.