TIP TERBAIK ELAK MENGANTUK DI PEJABAT
Memulakan kerjaya setiap awal minggu pasti sukar buat sesetengah daripada kita bukan. Bukan sekadar ‘Mondays Blues’. tambahan pula ada daripada kita mudah merasa letih atau mengantuk ketika waktu bekerja dek terlampau banyak rehat ketika hari minggu? GLAM Lelaki berkongsikan tip untuk kekal segar kala bertugas.
1. JANGAN TINGGAL SARAPAN
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.
2. RENGGANGAN BADAN
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.
3. KUNYAH SESUATU
Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.
4. CHAT
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.
5. TIDUR MENCUKUPI PADA WAKTU MALAM
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.
6. MOTIVASI DIRI
Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA
Nama Meerqeen semakin kukuh sebagai pelakon lelaki yang berbakat dan versatil. Dengan aura yang tersendiri, wajah tampan dan lakonan yang penuh emosi, setiap drama yang dibintanginya sentiasa mendapat perhatian peminat
RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?
Ramadan semakin hampir, membawa bersama keberkatan dan keampunan. Namun, adakah anda benar-benar bersedia?
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.