TONTON 5 FILEM INI BULAN FEBRUARI DAN MAC 2026!
Awal tahun 2026 sudah dimulakan dengan sajian filem-filem yang tidak boleh dilepaskan sepanjang Februari dan Mac.
Tahun 2026 nampaknya tidak membuang masa untuk menyajikan naskhah-naskhah hebat yang bakal menggoncang emosi para penonton di pawagam. Sepanjang bulan Februari dan Mac ini, layar perak akan menjadi medan pertembungan pelbagai genre. Daripada kisah cinta klasik yang penuh dendam, perjuangan hidup dan mati dalam permainan maut, sehinggalah ke keajaiban teknologi VR yang membawa idola kegemaran anda tepat di hadapan mata.
Sama ada anda peminat setia siri seram yang mahukan debaran jantung yang laju, atau pencinta kisah inspirasi underdog yang membuktikan saiz bukanlah penghalang kepada kejayaan, senarai kali ini mempunyai sesuatu untuk semua orang. Kita bukan sekadar menonton filem, kita akan dibawa menyelami dunia di mana kasih sayang diuji oleh tragedi, dan di mana sempadan antara realiti serta fantasi mula menjadi kabur.
Prepare yourself, untuk sebuah pengembaraan sinematik yang tidak akan dilupakan. Berikut GLAM Lelaki senaraikan 5 filem wajib tonton yang akan menemui anda sepanjang Februari dan Mac 2026 ini. Pastikan kalendar anda ditanda, kerana anda pasti tidak mahu ketinggalan melihat bagaimana setiap naratif ini terungkai!
#1 Sampai Titik Terakhirmu

Tarikh Tayangan: 29 Januari 2026
Pelakon:Arbani Yasiz, Mawar Eva de Jongh, Unique Priscilla, Kiki Narendra, Yasamin Jasem
Sinopsis: Albi pada mulanya hanya mengagumi Shella dari jauh. Lama-kelamaan, hubungan mereka mula berkembang, dan Albi menjadi individu yang sentiasa ada buat Shella, terutamanya apabila Shella menemui ketulan di perutnya yang ternyata adalah cyst, sebelum kemudiannya disahkan menghidap kanser ovari. Cinta mereka diuji oleh penyakit yang semakin serius, namun Albi tidak pernah berputus asa. Malah dalam saat-saat yang paling sukar, dia memilih untuk mengahwini Shella, membuktikan bahawa cinta sejati mampu bertahan mengharungi badai yang paling hebat.
#2 Scream 7

Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Pelakon: Neve Campbell, Courteney Cox, Mason Gooding, Jasmin Savoy Brown, Roger L. Jackson
Sinopsis: Siri filem Scream kembali apabila pembunuh Ghostface yang baharu muncul di bandar di mana Sidney Prescott telah membina kehidupan baharunya. Ketakutan yang paling ngeri menjadi kenyataan apabila anak perempuannya pula menjadi sasaran seterusnya.
#3 ENHYPEN VR CONCERT : IMMERSION

Tarikh Tayangan: 29 Januari 2026
Pelakon: ENHYPEN (Jungwon, Heeseung, Sunghoon, Jay, Jake, Sunoo, Ni-ki)
Sinopsis: Satu jemputan misteri daripada ENHYPEN buat ENGENE. Menampilkan lagu hits global seperti “Bite Me” dan “XO (Only If You Say Yes)” sehinggalah lagu khas buat peminat, “Highway 1009”, setiap pentas menggabungkan lagu-lagu ikonik dengan pengalaman tidak dapat dilupakan yang dicipta khas untuk ENGENE. Dengan visual yang memukau dan persembahan yang mempesonakan, pentas ENHYPEN menjadi hidup. Hanya sejauh 0 inci, dalam bentuk VR.
#4 GOAT

Tarikh Tayangan: 19 Mac 2026
Pelakon: David Harbour, Patton Oswalt, Aaron Pierre
Sinopsis: Seekor kambing kerdil yang cekal mencabar jangkaan ramai dengan menyertai sebuah pasukan elit dalam roarball. Ia merupakan sejenis sukan berbahaya di mana haiwan-haiwan bersaing di gelanggang berisiko yang sentiasa berubah-ubah. Bersama rakan sepasukan yang pelbagai, dia harus membuktikan bahawa dia layak berada di dalam liga yang sengit itu.
#5 Wuthering Heights

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2026
Pelakon: Margot Robbie, Jacob Elordi, Shazad Latif, Hong Chau, Alison Oliver
Sinopsis: Sebuah kisah cinta yang membara dan penuh gelora dengan latar belakang tanah moor di Yorkshire, meneroka hubungan yang hebat namun membinasakan antara Heathcliff dan Catherine Earnshaw. Berdasarkan novel klasik Emily Brontë, Wuthering Heights mengisahkan cinta yang hebat dan membinasakan antara Heathcliff, seorang anak yatim yang penuh misteri, dan Catherine Earnshaw di tanah moor Yorkshire.
Pautan berkaitan: TOP 10 FILEM DI NETFLIX PATUT TONTON BULAN INI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI WAJIB TONTON: FILEM TAHUN 2026
Setiap filem-filem baharu yang bakal menemui penonton pada tahun 2026 sememangnya menarik dan penuh nostalgia.






