WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN ‘SECOND LEAD SYNDROME’
Zarif Ghazzi mungkin menjadi pelakon Malaysia yang memberikan second lead syndrome dengan watak-watak yang pernah dilakonkan olehnya.
Second lead syndrome merupakan satu frasa yang terkenal dalam kalangan peminat K-Drama. Ia merupakan satu fenomena emosi yang hampir semua penonton pernah rasai Sindrom ini berlaku apabila penonton lebih lebih jatuh hati dan menyokong watak lelaki kedua berbanding hero utama. Watak ini sering digambarkan sebagai lelaki “baik”. Mereka sentiasa ada ketika diperlukan, setia melindungi protagonis wanita, dan memahami emosinya tanpa syarat. Ironinya, walaupun kasih sayang dan pengorbanan mereka jelas, takdir cerita hampir selalu memihak kepada watak utama, meninggalkan second lead dengan cinta yang tak berbalas dan penonton dengan hati yang retak. Fenomena inilah yang menjadikan Second Lead Syndrome satu luka manis dalam naratif K-drama — menyakitkan, namun mustahil untuk dilupakan.
Fenomena ini menjadi semakin kuat melalui watak-watak ikonik yang masih menghantui emosi penonton hingga hari ini. Ji-hoo dalam Boys Over Flowers hadir sebagai simbol cinta yang tenang dan setia. Selain itu, Han Seo-jun dalam True Beauty memenangi hati penonton dengan kejujuran dan kesetiaannya. Kim Jung-hwan dalam Reply 1988 menjadi contoh klasik cinta yang terlewat dan tak terungkap. Kesemua watak ini mengukuhkan lagi realiti pahit Second Lead Syndrome — bahawa menjadi yang paling memahami tidak semestinya bermakna menjadi yang terpilih.
Menariknya, fenomena second lead ini juga sering dikaitkan dengan pelakon tempatan, Zarif Ghazzi. Zarif kerap membawakan watak lelaki baik, penyayang dan setia, namun akhirnya bukan pilihan utama. Sama seperti watak-watak second lead dalam K-drama, kehadiran Zarif Ghazzi sering mencetuskan rasa simpati dan “what if” dalam kalangan penonton. GLAM Lelaki akan kongsikan watak lakonan Zarif Ghazzi dalam drama yang mencetuskan second lead syndrome buat penonton.
#1 Hilang Dalam Rindu – Sarip
Sebagai second lead, watak Sarip dalam Hilang Dalam Rindu dilakonkan oleh Zarif Ghazzi. Sarip digambarkan sebagai lelaki kampung yang matang, setia dan berprinsip. Dia merupakan seorang duda yang memikul tanggungjawab serta kehilangan, lalu mencintai tanpa menuntut balasan. Cintanya terhadap Aira (Tracie Sinidol) hadir dalam bentuk perlindungan dan sokongan, bukan perebutan. Kehadirannya mencipta kontras yang jelas dengan konflik cinta utama, memperkayakan cerita dengan perspektif tentang rindu yang dipendam dan perasaan yang rela disimpan demi kebahagiaan orang lain. Watak ini menyerlahkan keupayaan Zarif Ghazzi membawakan emosi secara terkawal, menjadikan Sarip figura yang mudah disimpati dan meninggalkan kesan mendalam walaupun bukan teraju utama.
#2 Satu, Dua… Dia? – Jay
Dalam drama yang ditayangkan di Viu, Zarif Ghazzi membawa watak Jay. Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan boyband fiksyen RIV4L. Watak Jay bukan sekadar sebahagian daripada dunia glamor muzik dan hiburan yang dipaparkan dalam cerita, tetapi dia juga muncul sebagai figur penting dalam cinta tiga segi apabila perasaan sebenar terhadap Mia mula terserlah. Ia menimbulkan konflik emosi antara persahabatan dan cinta. Jay digambarkan mempunyai personaliti ceria, hangat dan sering membawa suasana ringan dalam setiap adegan, namun di sebalik itu dia turut bergelut dengan dilema perasaan apabila melihat Mia semakin rapat dengan Isa (Ariel Fesol), vokalis utama RIV4L. Peranan Jay memberi dimensi tambahan dalam hubungan antara watak utama serta membantu menonjolkan tema cinta, persahabatan dan pilihan peribadi dalam dunia yang penuh gemerlap dan tekanan sosial media.
#3 Antara Dua Syurga – Naim
Dalam drama Antara Dua Syurga, watak Naim yang dilakonkan oleh Zarif Ghazzi. Wataknya turut menjadi fokus cinta tiga segi dalam drama ini. Naim digambarkan sebagai sahabat karib kepada Firdaus serta seorang lelaki yang berbakat dalam kerjaya mereka di agensi pengiklanan. Konflik utama wataknya muncul apabila dia dan sahabatnya tertarik terhadap May/Jannah (Tracie Sinidol). Dalam konteks hubungan profesional yang bertukar kepada perasaan peribadi, menyebabkan persahabatan mereka diuji serta membuka dilema antara cinta, persahabatan dan pilihan hati. Peranan Naim bukan sekadar pesaing cinta, tetapi juga simbol kesetiaan, keraguan dan pergolakan emosi.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Barisan selebriti popular menjadi rebutan jenama koleksi baju raya. Siapakah 9 duta jenama koleksi baju raya 2026?
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.
6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
Watak-watak lelaki dalam drama terbaru Malaysia kini cukup hangat dan menjadi perbualan ramai di media sosial.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.











