Skip to content

WILL SMITH SAHKAN BAKAL KEMBALI DENGAN I AM LEGEND 2

WILL SMITH SAHKAN BAKAL KEMBALI DENGAN I AM LEGEND 2

Kongsikan artikel ini

Selepas beberapa bulan mengunci mulut tentang filem I Am Legend 2, Will Smith akhirnya berkongsi tentang perkembangan projek terbarunya itu.

Filem pertama, I Am Legend yang dikeluarkan pada 2007 mengisahkan tentang ahli sains bernama Robert Neville, mangsa terakhir yang masih hidup di New York City selepas virus mengubah seluruh populasi menjadi zombi.

Filem itu meraih kejayaan besar di pawagam dan memperoleh kutipan lebih USD585.4 juta di seluruh dunia. Selepas tularnya spekulasi selama bertahun-tahun, I Am Legend 2 disahkan sedang dalam pembangunan. Will akan menggalas watak utama di samping aktor Black Panther, Michael B. Jordan.

I Am Legend 2

Foto: Barry Wetcher/Warner Bros/Kobal

Dalam temu bual bersama Entertainment Tonigt, pelakon berusia 55 tahun itu berkata dia dan Michael meluangkan masa selama dua minggu lebih sebulan lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Semuanya berjalan lancar. Kami mempunyai beberapa idea yang hebat. Saya rasa kami akan berjaya membawanya ke layar perak bersama,” katanya.

Mengenai I Am Legend 2

Khabar mengenai sekuel I Am Legend didedahkan kepada peminat pada Mac 2022. Ketika itu, peminat mendapat tahu bahawa Will dan Michael akan sama-sama membintangi dan menerbitkan filem ini.

Will mengesahkan berita itu dengan memuat naik foto jalan lengang daripada filem pertama. Walaupun tidak menulis sebarang kapsyen, dia meletakkan tag akaun Instagram Michael pada imej tersebut.

Pada bulan sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkongsi bahawa dia sedang dalam perancangan menerbitkan sekuel dengan konsep hebat yang diciptanya bersama Michael.

Foto: People

“Saya sebenarnya tidak mahu membuat sekuel filem ini, sehinggalah saya mendengar idea daripada Michael,” katanya kepada Entertainment Tonight.

Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan mengenai plot filem, penulis lakon layar Akive Goldman memaklumkan pada Februari 2023 bahawa ia berlatarkan beberapa dekad selepas filem pertama.

 

Foto: Snap Stills/Rex/Shutterstock

Pautan berkaitan: RAIH KEJAYAAN DI 92 NEGARA, THE GRAY MAN BAKAL TAMPIL DENGAN FILEM SEKUEL