Skip to content

HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

Kongsikan artikel ini

Lima bulan selepas sah bercerai dengan Lisa Bonet, Jason Momoa memperkenalkan teman wanita barunya kepada peminat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jason memuat naik beberapa foto romantisnya bersama pelakon Puerto Rico, Adria Arjona. Ini sekali gus mengesahkan spekulasi percintaan mereka yang bertebaran di media sosial.

Gambar tersebut dirakam kala lawatan mereka ke Jepun baru-baru ini bersama geng motosikal. Dalam salah satu foto, aktor berusia 44 tahun itu dilihat memeluk erat teman wanitanya dari belakang di sebuah restoran. Di ruangan kapsyen, dia memperkenalkan Adria sebagai cinta hatinya.

Jason Momoa, Adria Arjona

Foto: Instagram

“Japan, you are a dream come true you blew my mind. We’re so thankful for everyone who opened their homes, making memories with new friends and old friends, sharing another amazing adventure with mi amor,” tulisnya.

Aktres berusia 32 tahun itu turut berkongsi fotonya bersama Jason di Instagram Story. Dia turut menyertakan emoji hati.

Jason Momoa Adria Arjona

Foto: Instagram

Jason Momoa Dedah Status Perhubungan

Pada festival Comic Con yang berlangsung di Basingstoke, England baru-baru ini, Jason mendedahkan hatinya telah pun dimiliki ketika seorang peminat bertanya mengenai hal ehwal percintaannya.

“I’m very much in a relationship. You’ll find out very soon,” jawabnya apabila ditanya siapakah gerangan yang berjaya mencuri hatinya.

Adria yang merupakan anak kepada pemuzik Guatemala-Mexico, Ricardo Arjona terkenal dengan peranannya dalam filem seperti Pacific Rim: Uprising (2018) dan siri Andor (2022). Dia bakal muncul dalam filem Netflix berjudul Hit Man di samping Glen Powell. Juga filem arahan Zoe Kravitz, Blink Twice di samping Channing Tatum yang bakal ditayangkan di layar perak pada Ogos 2024.

Foto: Getty Images

 

Foto: US Weekly

Pautan berkaitan: PERHUBUNGAN JASON MOMOA & EIZA GONZALEZ TERLERAI DI TENGAH JALAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
KENALI ADRIA ARJONA, AKTRES HIT MAN & CINTA HATI BARU JASON MOMOA

KENALI ADRIA ARJONA, AKTRES HIT MAN & CINTA HATI BARU JASON MOMOA

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

Bacaan Lanjut