5 JAM TANGAN MENGAGUNGKAN TAHUN ARNAB
IWC Portugieser Automatic 40 Edition “Chinese New Year”

Portugieser Automatic 40 Edition “Chinese New Year” kreasi IWC mengekalkan susuk gaya Portugieser klasiknya dalam balutan laman dail burgundy yang memukau dengan indeks masa serta jarum bersadur emas. Tambahan lagi, wajah edisi terhad kepada 500 unit ini mendedahkan pergerakan dalaman Cal. 82200 yang menampilkan sistem penggulungan Pellaton signatur IWC yang kini terdiri daripada komponen seramik kalis haus. Dihiasi sama pautan rotor arnab dari balik kristal nilam yang menutupi bahagian belakang jam yang diperbuat dari keluli ini.
Piaget Altiplano Rabbit

Kehadiran sepasang arnab comel menghiasi laman dail arloji Piaget Altiplano Rabbit. Terlaksana dari ketukangan seni enamel purba Grand Feu cloisonné hasil olahan air tangan master enamel Anita Porchet. Refleksi mamalia ini tampil seakan hidup lantas dibingkaikan dalam rangka sarung emas putih yang bertatahkan butiran berlian melingkari segenap bezel. Arloji dikuasakan kaliber 430P ultra nipis ini hadir terhad kepada 38 utas.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.











