Skip to content

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Kongsikan artikel ini

Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya. 

Patek Philippe menjadi lambang kecemerlangan dalam dunia komplikasi horologi sejak ditubuhkan pada tahun 1839. Ia sentiasa meneroka batas inovasi pembuatan jam tangan sambil mengekalkan reka bentuk estetik tradisional.  Jam tangan ciptaan Patek Philippe diraikan kerana mekanisme yang sangat kompleks dan komplikasi horologi seperti perpetual calendar, minute repeater, dan tourbillon, yang kesemuanya dihasilkan dengan tahap kemasan yang luar biasa tinggi dan sukar ditandingi jenama lain.

Patek Philippe Nautilus telah lama menjadi pilihan utama selebriti di seluruh dunia. Jam tangan ini cukup seiring dengan cita rasa fesyen mewah yang sering digemari oleh golongan selebriti. Bahan-bahan mahal seperti emas dan platinum, nama berprestij daripada jenama warisan yang sudah lama bertapak, serta rekaan yang memancarkan glamor. Semua elemen ini menjadi sebahagian daripada sejarah, fungsi rekaan, dan daya tarikan estetik Patek Philippe Nautilus. Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 1976. Sejak kemunculannya, jam tangan ini telah menjadi satu penanda budaya yang melambangkan kemewahan, kejuruteraan dan pertukangan bertaraf tinggi, serta sentuhan seni yang mengagumkan. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh selebriti yang cukup eksklusif dan memiliki jam tangan Patek Philippe Nautilus di dalam koleksi peribadi mereka.

#1 Leonardo DiCaprio

PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Siapa tidak kenal, pemenang Anugerah Akademi, Anugerah Filem Akademi British (BAFTA), dan Golden Globe ini telah mencatat kutipan lebih daripada $7.2 bilion di seluruh dunia menerusi filem-filemnya. Leonardo DiCaprio pernah dilihat duduk di tepi gelanggang semasa perlawanan bola keranjang dengan gaya serba hitam yang sederhana. Namun, sudah tentu jam tangan Patek Philippe Nautilus Tiffany Blue yang mencuri perhatian. Cukup menawan, ia menjadi bintang utama dalam keseluruhan penampilannya.

#2 RM (BTS)

 PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Koleksi jam tangan milik ketua kumpulan BTS, RM, turut merangkumi Patek Philippe Nautilus. Barisan Nautilus ini mempunyai sejarah yang kaya, seiring dengan siri Royal Oak daripada Audemars Piguet. Nautilus merupakan hasil daripada era ‘Krisis Kuartz’ yang berlaku pada tahun 1969 Jam tangan Nautilus yang melengkapkan penampilan RM diperbuat daripada emas ros dengan dail berwarna hitam-coklat. Selain subdail biasa untuk kronograf saat, jam ini juga menampilkan fungsi Moonphase yang menambah keistimewaan dan keanggunan pada reka bentuknya.

#3 Jay-Z

Rapper dari Amerika, Jay-Z juga memiliki jam tangan mewah ini. Bukan sahaja terkenal kerana muziknya, Jay-Z juga dikenali kerana gaya peribadinya yang begitu sempurna. Dilihat mengenakan Patek Philippe Nautilus pada tahun 2022, Jay-Z berdiri di tengah padang sebuah stadium ketika Superbowl 2022 dengan jam tangannya yang begitu sempurna, dipadankan bersama pakaian kasual. Penampilannya membuktikan bahawa jam tangan ini merupakan aksesori yang sesuai untuk apa jua acara.

#4 Victoria Beckham

The it girl, Victoria Beckham cukup dikenali sebagai seorang pereka fesyen, penyanyi kumpulan Spice Girls, personaliti televisyen dan juga isteri kepada pemain bola lagenda, David Beckham. . Jika ada seorang yang boleh dipercayai dalam membuat pilihan fesyen yang tepat, pastinya Victoria Beckham. Dalam penampilan ini, beliau memilih pakaian merah dan biru yang ringkas tetapi bergaya, serta perhiasan minimum. Namun, bintang sebenar dalam koleksi aksesori beliau jelas sekali adalah jam tangan Patek Philippe Nautilus yang digayakan olehnya. Tampak minimalis, tapi anggun.

#5 Ed Sheeran

PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Dikenali sebagai salah seorang duta tidak rasmi Patek Philippe, koleksi Ed Sheeran juga cukup hebat. Ketika majlis anugerah British GQ Men of the Year, Ed Sheeran mengenakan Patek Philippe Nautilus dengan dail hijau dan bezel bertatahkan berlian. Bezel jam tangan ini dihiasi dengan 32 butir berlian potongan baguette, dengan jumlah kira-kira 3.6 karat. Ia dipadankan dengan sut berwarna-warninya, untuk melengkapkan malam penting itu.

#6 Lebron James

 PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Bintang bola keranjang terbesar dunia, Lebron James dilihat mengenakan jam tangan mewah itu dengan dail Tiffany Blue ketika bertindak sebagai pemula rasmi perlumbaan 24 Hours of Le Mans sempena ulang tahun keseratus mereka. Ini bukanlah kali pertama kita melihat King James memakai jam tangan yang sangat didambakan ini, namun itu tidak menjadikannya kurang bergaya. Malah, ia tetap merupakan satu simbol kemewahan dan cita rasa tinggi yang sukar ditandingi.

#7 Kylie Jenner

Bercakap tentang selebriti wanita yang memakai Nautilus, nama Kylie Jenner pasti tidak boleh diketepikan. Dianggap sebagai salah seorang bilionair muda yang membina empayar sendiri, Kylie diiktiraf sebagai ikon fesyen. Melengkapi cita rasa fesyennya yang begitu tinggi ialah koleksi jam tangan mewah yang mengagumkan. Salah satu jam tangan paling menonjol dalam koleksinya ialah Patek Philippe Nautilus 18K White Gold Factory Set bertatahkan berlian milik Kylie Jenner.

Pautan Berkaitan: KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

Bacaan Lanjut
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

Bacaan Lanjut
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

Bacaan Lanjut
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

Bacaan Lanjut