A Watch Born to Explore : Ekshibisi Eksklusif Rolex
The Hour Glass dan Rolex mengundang para pemuja arloji tempatan untuk melihatkan pameran unik yang menampilkan barisan arloji Explorer dan Explorer II.
Sudah hampir berabad berlalu, barisan Explorer nan spektakuler tampil mengimbangi siri ekspedisi serta eksplorasi penerokaan terhebat Rolex. Selama beberapa generasi, para pemuka penjelajah acap kali membuktikan keteguhan serta kredibiliti barisan jam tangan ini dalam apa jua kondisi ekstrem lagi terpaling sukar.
Pameran A Watch Born to Explore, bakal menyingsingkan tirai pembukaannya buat julung kalinya di Malaysia bermula dari 6 Ogos sehingga 14 Ogos 2022. Ekshibisi eksklusif ini mengambil lokasi di Centre Court, Pavilion KL. Menerusi ilustrasi panel bergambar serta filem, pengunjung bakal menemukan kisah ekspedisi ekstrem di sebalik pengembangan arloji Explorer nan teguh.
MAKMAL HIDUP
Kisah eksplorasi Explorer terpaut kemas bersama sejarah ketukangan pembuatan Rolex. Sejak dari tahun 1930-an, para tukang jam tangan Swiss mula menguji penciptaan setiap arloji dengan menggunakan dunia sebagai ‘makmal hidup’ untuk menuruti sisi keadaan sebenar. Demikian, lebih daripada satu dozen ekspedisi altitud tinggi dilengkapi dengan jam tangan Rolex Oyster Perpetual saat mereka menerokai kawasan paling brutal di Bumi. Secara tidak langsung, Rolex menerima maklum balas berharga mengenai prestasi jam tangannya dalam menelusuri kondisi serta situasi yang melampau.
PENAKLUKAN PERTAMA EVEREST
Dilancarkan pada 1953 selepas ekspedisi pendakian pertama ke puncak Gunung Everest yang diketuai oleh Sir John Hunt. Ia menyaksikan Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay menjadi manusia pertama menakluki gunung tertinggi di dunia. Kemudian, hadirnya arloji Explorer II yang tampil memberi perkenalan pada tahun 1971. Langsung, memikul kewajipan juga komitmen yang sama lalu menjadi jam tangan pilihan para speleologi, ahli volkanologi serta penjelajah di segenap sudut dunia.
DIREKA UNTUK PENJELAJAH
Ciri-ciri serta fungsinya yang efisien lagi konsisten menjadikan Oyster Perpetual Explorer sebagai pelengkap buat para penjelajah. Ia dicipta untuk memberitahu masa dengan tepat, dalam apa jua keadaan. Bukan sahaja terlaksana dengan teguh, ia mempunyai estetika yang ringkas lagi terpapar kontras. Di mana ia membantu kebolehbacaan dengan mudah lagi jelas. Usaha yang terselenggara lagi berkembang selama bertahun-tahun, Explorer kekal setia kepada warisan juga identiti uniknya. Sambil merangkumi inovasi teknologi Rolex, seperti penyerap hentakan Paraflex.
Explorer diperlihatkan dalam case Oyster 36 mm, yang mana pada tahun 2021 ia kembali kepada saiz model asal selepas dipertingkatkan kepada 39 mm pada tahun 2010. Indeks masa serta jarumnya dipenuhi Chromalight atau cat kilau bernada cahaya biru yang kekal lama, selain yang menawarkan kecemerlangan bacaan dalam apa jua persekitaran. Di samping itu, angka 3, 6 dan 9 yang terpapar pada laman dail polos menjadi lambang buat identitinya yang unik lagi teguh buat menjadi peneman penerokaan ekstrem.
Pautan berkaitan: KELANJUTAN EKSPLORASI MATERIAL HUBLOT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53
Hampir setahun berpisah, Shakira melancarkan lagu terbaharu sebagai tindakan balas dendam terhadap kecurangan Gerard Pique.
ROLEX ART WEEKEND 2022, KELANJUTAN NILAI TRADISI SENI BUAT REFERENSI MASA DEPAN
Rolex Art Weekend 2022 turut membawakan diskusi eksklusif bersama Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda, Carrie Mae Weems. Serta tayangan perdana hasil pengkarya protégé Rolex.
Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex
Mengambil lokasi di The Starhill, Cortina Watch membuka semula gerbang butik Rolex lantas menjadikannya butik pertama dengan konstruksi fasad menentangi hamparan peruncitan mewah paling ikonik ibu kota.