Skip to content

ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL 02

ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL

Kongsikan artikel ini
3 of 3

Tidak dinafikan, elemen reka bentuk yang paling ketara secara visual bagi A386 ialah perincian laman dailnya. Estetik seninya yang unik termasuk kaunter kronograf tri-color dalam warna kelabu dan biru, diimbangi dengan tingkap tarikh berbentuk trapezoid pada 04:30 serta jarum saat dalam warna merah kontras.

ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL 01

Semua bahagian intrinsik ini telah didorongkan kepada penciptaan Chronomaster Original, dengan beberapa rincian halus untuk memadankan peningkatan dalam prestasi. Skala dalaman hitam yang mengelilingi dail A386, kini direka semula menerusi Chronomaster Original. Di mana, ia memaparkan skala 1/10 saat kronograf berputaran di sekeliling dail membolehkan pengukuran dan bacaan masa berlalu dalam pecahan tepat sesaat.

ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL 07

Jarum saat berbentuk dayung pada karya asal A386 digantikan dengan jarum yang lebih runcing berwarna merah. Logonya juga telah dikemas kini dengan tatahuruf skrip yang lebih kontemporari. Chronomaster Original turut dilengkapi dengan kaliber versi terbaharu El Primero, digelar El Primero 3600. Dikuasa frekuensi tinggi 5 Hz (36’000 VpH), autonominya juga hadir lebih cekap dengan rizab kuasa lanjutan selama 60 jam. Selain daripada keluli signatur dengan konfigurasi kaunter kronograf tiga warna, Chronomaster Original tersedia dalam dua versi lainnya. Sama ada dalam case keluli dengan dail hitam ‘reverse panda’ dengan kaunter kronograf rona perak atau versi emas merah 18k dengan dail tri-colour.

Lihat video dibawah untuk kenali barisan Chronomaster Original lebih lanjut.

Pautan berkaitan: PRESAGE SHARP EDGED GMT PENDAMPING PETUALANG DUNIA

3 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ

Bacaan Lanjut

VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

Bacaan Lanjut
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025

Bacaan Lanjut