Skip to content

BELL & ROSS membuat kejutan dengan cahaya luar biasa BR 03-92 Full Lum

Kongsikan artikel ini

Petang ini, Bell & Ross mengejutkan warga dunia horologi apabila mengumumkan pelancaran instrumen masa terkini mereka, yakni Bell & Ross BR 03-92 Full Lum.

Dilancarkan di semua butik Bell & Ross serantau dunia, reka bentuk model BR 03-92 Full Lum akur pada identiti jenama, dengan garisan moden yang menegaskan ciri-ciri esensial Bell & Ross, yakni paparan indeks minit dan grafik angka yang amat jelas pada dail. Namun, kekuatan instrumen masa ini terletak pada revolusi ciri pencahayaan terang dalam suasana gelap (glow in the dark), yang tiada tandingan.

CAHAYA LUAR BIASA

Keunikan jam tangan ini menyerlah pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. Mana tidaknya, kala itulah BR 03-92 Full Lum menyala ibarat terkena satu letupan pencahayaan! Cahaya hijaunya pekat, dan kekal lama dalam keadaan gelap. Hasil daripada kemasan dail dan tali getah yang diperkasakan pigmen pendarkilau Super-Luminova C3 untuk pencahayaan luar biasa. Malah, Super-Luminova C3 adalah variannya yang paling inovatif, paling resistan, dan paling intense.

Model ini menjadikan Bell & Ross satu perintis dalam cabang horologi. Khususnya menyentuh ciri gelang getah pendarkilau. Yang dicapai dengan menerapkan satu pigmen khas ke dalam material getah kala proses pembikinannya yang rumit.

PEMASARAN UNIK

BR 03-92 Full Lum  adalah instrumen masa Edisi Terhad kepada 250 utas seluruh dunia. Mempraktikkan satu teknik pemasaran yang unik, model BR 03-92 Full Lum ini dijual dalam bentuk ballot, atau undian sahaja. Di mana, para pelanggan yang berminat untuk membelinya perlu mendaftarkan nama mereka di salah satu butik Bell & Ross bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens Kuala Lumpur atau Gurney Plaza Pulau Pinang. Bermula kini hingga 22 November 2019, pukul 5.59 petang.

Cabutan undi pula akan dibuat pada 6.00 petang, 22 November 2019. Lanjutan itu, setiap pelanggan bertuah yang dipilih akan dihubungi terus untuk melengkapkan pembelian mereka pada hari Sabtu, 23 November 2019 di antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di mana-mana butik Bell & Ross di Malaysia.

Bell & Ross BR 03-92 Full Lum dijual pada harga RM17,000.

Info model Bell & Ross BR 03-92 Full Lum

Pergerakan:
Kaliber mekanikal automatik BR-CAL.302

Fungsi:
Jam, minit, saat & tarikh

Case:
42 mm, seramik hitam matt

Dail:
Hijau pendarkilau dicat dalam Super-Luminova, dengan jarum, indeks dan angka hitam.

Kristal:
Nilam dengan salutan anti-pantulan

Kalis air:
100 meter

Tali:
Getah hijau pendarkilau dan fabrik sintetik hitam ultra-lasak

Gancu:
Gancu pin dalam PVD hitam

Harga:
RM17,000

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut