BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Pada Jun 2025, sempena edisi ke-55 Paris Air Show di Le Bourget, Bell & Ross mengumumkan kerjasama rasmi bersama Rafale Solo Display. Program demonstrasi penerbangan rasmi pesawat Rafale di bawah Angkatan Udara dan Angkasa Perancis. Kolaborasi ini sekali gus mengukuhkan lagi hubungan jenama tersebut dengan dunia aviasi, berteraskan nilai inovasi, ketepatan dan prestasi. Selepas menjadi rakan rasmi Patrouille de France, Bell & Ross kini terus mencipta sejarah bersama ikon udara yang sinonim dengan persembahan akrobatik penuh presisi dan keunggulan teknologi Rafale.
Dari Aeronautik Ke Haute Horlogerie
Sejak 1994, Bell & Ross kekal sinonim sebagai instrumen masa untuk aviation profesional. Di dalam kokpit Rafale, jam tangan ini terasa begitu serasi, bukan sekadar pada reka bentuk yang diinspirasikan panel instrumen penerbangan, tetapi juga pada falsafah ketepatan dan prestasi. Kehebatan juruterbang dalam mengawal pesawat seiring dengan persisi jam tangan yang menjadi pelengkap misi. Dari awal dalam duBell & Ross telah dipilih oleh ramai juruterbang awam dan tentera, termasuk kolaborasi ikonik bersama Patrouille de France sejak 2021.
Ketepatan, Kelincahan & Keunggulan Tanpa Batas
Rafale sememangnya antara pesawat pejuang terbaik di dunia. Ia merupakan simbol keunggulan teknologi dan ketangkasan hasil ciptaan Dassault Aviation. Kehebatan ini dipertontonkan melalui aksi mendebarkan Rafale Solo Display, pasukan juruterbang dan mekanik rasmi Tentera Udara & Angkasa Perancis. Selama 9 minit, penonton disajikan dengan manuver yang penuh persisi, kekuatan dan kelincahan, tanpa mengira kondisi cuaca. Falsafah Marcel Dassault bahawa ‘pesawat yang indah adalah pesawat yang terbang dengan baik’ jelas terzahir pada setiap persembahan, seiring dengan semangat Bell & Ross.
BR-03: Kronograf Edisi Terhad Untuk Elit Udara
Setiap penerbangan Rafale Solo Display adalah persembahan memukau penuh persisi, dengan juruterbang mengendalikan pesawat pada kelajuan antara 200 hingga 1100 km/j. Dalam kondisi ekstrem ini, masa menjadi faktor utama, lalu lahirlah BR-03 Rafale Solo Display Chronograph. Direka berprestasi tinggi, jam ini hadir dengan casing seramik hitam berteknologi tinggi yang tahan calar. Ia juga menggunakan pergerakan automatik BR-CAL.301 dengan rizab kuasa 42 jam. Paparan dail diinspirasikan daripada dunia jet pejuang. Garis kuning pada frame tarikh, jarum kronograf jingga, serta indeks bercahaya untuk keterbacaan maksimum dalam gelap. Logo Rafale Solo Display pada dail melengkapkan identiti eksklusif edisi terhad 500 unit ini. Sebuah penghormatan kepada kecekapan juruterbang elit dan bukti kepercayaan yang terjalin antara Bell & Ross dengan dunia penerbangan.
Artikel Berkaitan: VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
BELL & ROSS : MAHAKARYA SKELETONIZATION
Selama dua dekad, Bell & Ross telah mentakrifkan semula seni horologi melalui koleksi ikonik BR-03. Kini, dengan pelancaran BR-03 Skeleton.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE
Mempunyai misi artistik dan matlamat yang jelas, demikian sifat yang boleh menggambarkan tentang pengasas jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar.