BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS
Swatch melancarkan jam tangan OCEAN OF STORMS ke dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms Blancpain yang meraikan Fifty Fathoms yang ikonik.
Sebuah lautan baharu menertai lima jam tangan dan lima lautan dalam kolaborasi Blancain X Swatch. Walaupun planet Bumi hanya mempunyai lima lautan, Swatch mengalu-alukan OCEAN OF STORMS ke dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms Blancpain yang meraikan Fifty Fathoms yang ikonik, jam tangan yang merevolusikan pembuatan jam tangan dengan menjadi jam tangan penelam sebenar yang pertama lebih daripada tujuh puluh tahun lalu.
Dikenali dengan nama Latin Oceanus Procellarum, in sebenarnya ialah mare bulan yang terletak di pinggir barat sisi dekat bulan (near side of the moon). Ini bermaksud Lautan Ribut adalah mare atau “laut” terbesar di bulan, merentangi lebih 2,500 kilometer dari utara ke selatan dan meliputi kira-kira 2 juta kilometer perseqi. Namun begitu, Bioceramic Scuba Fifty Fathoms OCEAN OF STORMS yang baharu, tidaklah sebesar it. Malah, dimensi dan ciri-cirina adalah sama dengan ARCTIC OCEAN, PACIFIC OCEAN, ATLANTIC OCEAN, INDIAN OCEAN dan ANTARCTIC OCEAN.
Inspirasi Bulan Gelap Blancpain x Swatch
Model bukan terhad, OCEAN OF STORMS didatangkan dengan warna hitam yang dinspirasikan oleh bulan baharu (juga dikenali sebagai Bulan Gelap). Sama seperti lima Bioceramic Scuba Fifty Fathoms yang lain, OCEAN OF STORMS mempunyai pergerakan mekanikal Swatch, SISTEM51, pergerakan mekanikal pertama dan satu-satunya yang pengeluarannya adalah secara automatik sepenuhnya.
Mekanisme yang terdiri daripada hanya 51 bahagian ini – termasuk satu skru pusat, adalah anti-magnet, terima kasih kepada pegas rerambut Nivachron™ dan mempunyai autonomi 90 jam. Pada tahun 2013, SISTEM51 merevolusikan dunia jam tangan automatik dengan pergerakannya yang boleh dilihat: dean memberitahu waktu, belakang menceritakan kisahnya.
Model OCEAN OF STORMS
OCEAN OF STORMS telah diberi nudibranchnya yang tersendiri (nama saintifik: Nudibranchia), Okenia Luna. Haiwan ini dipersembahkan dalam cetakan digital pada rotor pergerakannya, bahagian yang membolehkan jam tangan mengecas semula secara automatik dengan gerakan ringkas pergelangan tangan. Bulan purnama yang dizum masuk pada Ocean of Storms juga dicetak secara digital pada pemberat berayun.
OCEAN OF STORMS, seperti ARCTIC OCEAN, PACIFIC OCEAN, ATLANTIC OCEAN, INDIAN OCEAN dan ANTARCTIC OCEAN. Ianya kalis air di air yang dalam, sehingga kedalaman 91 meter. Ini merupakan satu lagi perkenan kepada Blancpain. Nama Fifty Fathoms merujuk kepada fatom – dari segi sejarah ukuran kedalaman perkapalan dalam dunia penutur Inggeris – lima puluh fatom sama dengan 91 meter (atau 300 kaki).
Dengan semangat yang sama seperti lima model lain dalam koleksi ini, OCEAN OF STORMS diperbuat daripada Bioceramic. Bahan unik ini telah dipatenkan oleh Swatch dan terdiri daripada dua per tiga seramik. Dan satu per tiga bahan bersumberkan bio yang berasal daripada minyak jarak. Sebagai pernyataan komitmen terhadap pemeliharaan lautan, tali jam NATO diperbuat daripada jaring nelayan kitar semula.
Logo Blancpain x Swatch
Logo kongsi bersama Blancpain X Swatch boleh didapati pada muka jam kemasan sinar matahari dan tombol putar. Perkataan “Swatch” juga terukir pada bekas jam tangan, sama seperti “Blancpain” tertera pada jam tangan Fifty Fathoms yang asal. Bahagian belakang jam tangan memaparkan inskripsi inspirasi. Antaranya seperti PASSION FOR DIVING – LICENCE TO EXPLORE – OCEAN BREATH – PROTECT WHAT YOU LOVE dan IMMERSE YOURSELF.
OCEAN OF STORMS akan tersedia di seluruh dunia mulai 11 Januari, 2024. Pada hari bulan baharu di kedai-kedai Swatch yang terpilih. Sama seperti lima jam tangan dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms. Pembelian adalah terhad kepada satu jam tangan bagi setiap individu, setiap kedai dan setiap hari.
Baca lebih lanjut: MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…
JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR
Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.