BULGARI OCTO FINISSIMO AUTOMATIC IALAH JAM SELF-WINDING TERNIPIS DI DUNIA!
Memperkenalkan Octo Finissimo Automatic, jam tangan dari jenama antarabangsa popular Bulgari yang telah memecah rekod sebagai tangan self-winding ternipis di dunia. Rekod ini dipecah dan diperakui bersempena acara Baselworld 2017 yang diadakan. Dengam reka bentuk lebih sleek dan magnetik, ia menampilkan ketebalan case 5.15mm dan ketebalan pergerakan hanya 2.23mm.
Dengan kewujudan pergerakan nipis automatik di pasaran harologi masa kini, ia dilihat sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan yang menampilkan kehalusan kejuruteraan sertsa simbol inovasi dari Bulgari. Yang pasti, ia adalah jam tangan khas buat lelaki dengan suntikan gaya terkini.
Sebagai standard baru untuk keanggunan, geometri bersisi lapan Octo Finissimo yang automatik dengan kejuruteraan pembinaan titanium monokromatik meld menjadikan jam tangan ini seakan licin, ringan dan bersesuaian untuk pemakaian seharian. Bagi memastikan pelancaran tenaga, ia berdetak pada frekuensi 21,600 getaran per jam dan mempunyai rizab kuasa 60 jam.
Dan pada masa yang sama, sewaktu pengumuman rekod ini turut memperkenalkan ikon fesyen, Jon Kortajarena sebagai duta global jam tangan terbaru untuk jenama Bulgari. Selain dikenali dan berbakat, Jon telahpun bekerjasama dengan ramai jurugambar terkemuka dunia, dari Peter Lindbergh hinggalah ke Mario Testino, selain dikenali antara muse untuk Tom Ford. Tersenarai di tangga keempat model lelaki terpenting sepanjang zaman oleh Vogue US, Jon turut memberikan pendapat peribadinya tentang keunikkan jam tangan Octo Finissimo ini.
“Saya suka bagaimana jenama Bulgari sentiasa menolak sempadan. Yang pasti, ia merupakan jenama yang menemui dan memenuhi cabaran, sama dengan cara saya bekerja setiap hari. Yang pasti, ini adalah sebab utama saya mengemari jam tangan hasil buatan Bulgari”, jelas Jon Kortajarena.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.