Skip to content

CENTRIX MOONPHASE LIMITED EDITION: INTERPRETASI KOSMIK TERBAHARU DARI RADO

Kongsikan artikel ini

Rado membawa inspirasi kosmik ke pergelangan tangan menerusi Centrix Moonphase Limited Edition yang dihasilkan hanya sebanyak 1,001 unit di seluruh dunia.

Jenama jam tangan mewah dari Switzerland, Rado, memperkenalkan model terbaharu dalam koleksi ikoniknya menerusi Rado Centrix Moonphase Limited Edition. Sebuah jam tangan yang menggabungkan keindahan langit malam dengan kehalusan seni pembuatan jam. Terinspirasi daripada dunia magis kisah klasik One Thousand and One Nights, rekaan ini meraikan unsur misteri, imaginasi dan pengembaraan yang sering dikaitkan dengan cahaya bulan dan bintang.

Rado Centrix Moonphase Limited Edition

Jam tangan edisi terhad ini menampilkan estetika hitam dan perak yang dramatik. Dihiasi dengan 29 butir berlian Top Wesselton yang membentuk lengkungan seperti horizon bumi pada dial. Permukaan dial yang diperbuat daripada aventurine memberikan efek berkilauan seakan taburan bintang di galaksi, manakala elemen mother-of-pearl hitam menambahkan dimensi elegan yang halus. Pada posisi atas horizon, paparan moonphase mempamerkan kitaran bulan penuh setiap bulan. Satu komplikasi yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada model Centrix.

Dari segi rekaan, dial tersebut dilindungi oleh kristal sapphire melengkung dengan lapisan anti-reflektif. Memastikan kejelasan optimum sambil mengekalkan aura kosmik yang ingin ditonjolkan. Kes jam tangan diperbuat daripada keluli tahan karat yang digilap, dipadankan dengan gelang yang menggabungkan pautan keluli serta seramik hitam berteknologi tinggi.

LIMITED EDITION

Bahagian belakang kes jam turut mengekalkan tema langit malam dengan ukiran laser motif bintang yang mengelilingi penjenamaan Centrix. Di sempadannya tertera kata inspirasi “LIMITED EDITION, ONE NIGHT OUT OF 1001”, mengingatkan kepada dunia penceritaan epik yang menjadi sumber inspirasi model ini. Di dalamnya, jam ini digerakkan oleh pergerakan kuarza Rado calibre R084, menawarkan ketepatan masa yang konsisten.

Hanya 1,001 unit model ini dihasilkan di seluruh dunia. Menjadikannya bukan sekadar aksesori masa tetapi juga sebuah objek koleksi yang penuh simbolisme. Setiap unit hadir bersama kotak paparan khas serta sijil edisi terhad, menegaskan nilai eksklusifnya.

Selain model edisi terhad ini, Rado turut melancarkan tiga variasi tambahan Centrix Moonphase dalam warna berbeza. Turut menampilkan dial mother-of-pearl serta paparan fasa bulan yang elegan. Walaupun tidak dihadkan jumlah pengeluarannya, setiap model masih mengekalkan kehalusan estetika dan keseimbangan hubungan antara bumi dan bulan yang menjadi tema utama koleksi ini.

Melalui Centrix Moonphase Limited Edition, Rado sekali lagi membuktikan kemampuannya menggabungkan kejuruteraan jam moden dengan elemen penceritaan yang puitis. Mencipta jam tangan yang bukan sahaja menandakan masa, tetapi juga membangkitkan imaginasi dan rasa kagum terhadap keindahan alam semesta.

Artikel Berkaitan: RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE

Bacaan Lanjut

LEVI’S UMUM KERJASAMA GLOBAL BERSAMA IKON K-POP ROSÉ

Bacaan Lanjut

DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Bacaan Lanjut
tengku mer

TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
MUST WATCH DI NETFLIX BULAN MAC 2026

MUST WATCH DI NETFLIX BULAN MAC 2026

Bacaan Lanjut

SELEKSI WANGIAN RAYA 2026: AROMA TERBAIK UNTUK SAMBUTAN PENUH GAYA

Bacaan Lanjut