Connected Edisi Golf Kian Pintar
TAG Heuer mengunjurkan keperluan sukan Golf ke tahap seterusnya dengan mempertingkatkan jam tangan Connected Edisi Golf yang terulung. Langsung, memperkenalkan pemetaan yang lebih teliti bersama fitur Club Recommendation yang inovatif.
Sebagai rumah arloji yang senantiasa hadir dengan inovasi baru lalu menjulang susuk rekaan bergaya avant-garde; TAG Heuer mempertontonkan barisan jam tangan pintar mereka sebagai jam tangan pintar mewah pertama buatan Swiss langsung laris terjual di pasaran.
Debut TAG Heuer Connected pada hujung tahun 2015 disuntik gaya jam tangan TAG Heuer Carrera nan elegan lalu, mengintegrasikan teknologi baru yang dikonstruksi bersama rakan kongsi Intel dan Google.

Jam tangan pintar TAG Heuer Connected Edisi Golf Generasi Kedua
Dari awal rilis sehingga saat ini, TAG Heuer Connected ini terus berkembang mulai dari desain sampai dengan fitur-fitur di dalamnya. Demikian, rumah arloji ini mempersembahkan generasi pertama TAG Heuer Connected Edisi Golf yang dipertontonkan buat julung kali pada pertengahan tahun lalu. Terus, menjadikannya sebagai pilihan jam tangan pintar utama buat komuniti golf global.
“TAG Heuer Connected bakal mengubah cara permainan dengan menyuntik semangat daya saing buat para pegolf. Sekali gus, tidak menjejaskan keanggunan dan gaya,” kata Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.