Skip to content

ENERGI KEBEBASAN URBAN POLICE

Kongsikan artikel ini

Bukan hanya sekadar jenama, Police adalah evolusi keusahawanan merentang idea kebebasannya selama 35 tahun. Pandang jauh ke hadapan, Police mengekspresikan nadi urban bergabung spirit jalanan yang rebellious bagi mengungkap identiti koleksi musim terbarunya. Mendukung inspirasi gaya hidup ‘on the road’ Amerika, Police ditubuhkan pada tahun 1983. Langsung, muncul dengan pantas sebagai satu jenama yang miliki semangat individualiti bermula dalam pembuatan cermin mata hitam. Demikian, imej jenama fesyen ini terus diperkasakan sejak pertengahan era ‘90-an lalu menjadi fenomena global.

Tahun 1997 Police tampil membentangkan rangkaian minyak wangi perdananya, kemudian beralih menyaksikan koleksi jam tangan pertamanya pada tahun 2003. Tidak lama selepas itu, jenama ini terdorong untuk tampil memperkenalkan himpunan pakaian untuk julung kalinya pada tahun 2008. Sehubungan itu, selama lebih 30 tahun Police terus sinonim dengan barisan ambasador terkemukanya. Daripada kempen ikonik Bruce Willis, George Clooney, Antonio Banderas serta David Beckham. Terkini, giliran bintang bola sepak profesional Brazil, Neymar pula meneruskan sensasi kempen yang bernadi gaya energetik lagi mengapungkan karisma jejaka urban hari ini.

Menciptakan tiga koleksi kapsul bagi menyerikan musim bunga dan panas tahun 2019, Police memperkenalkan barisan Smart, Urban dan Rebel. Sekali gus, menghadirkan kepelbagaian jam tangan bergabung energi kebebasan urban buat pilihan yang sempurna untuk semua. Energi barisan Smart menyaksikan gaya minimalis, memaparkan dail polos dan diperkemas dengan tali kulit atau tali gaya gelang jaring. Manakala, siri Urban pula diolah dengan reka bentuk dail yang pelbagai dan disempurnakan bertali kulit bagi membiaskan paras metropolitannya. Bagi melengkapkan koleksi kapsul ini, Rebel hadir dengan laman dail yang diolah terperinci lagi berani. Setiap rekaan ini memberi penghormatan kepada DNA jenama ini dalam mengutamakan kebebasan pemilihan untuk semua.

1 of 11

1 of 11

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NOW SHOWING: 9 FILEM DALAM TAYANGAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM JUN 2026 BERAKHIR!

NOW SHOWING: 9 FILEM DALAM TAYANGAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM JUN 2026 BERAKHIR!

Bacaan Lanjut
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

Bacaan Lanjut
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG

5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG 21 JUN INI

Bacaan Lanjut