FITBIT IONIC, KHAS BUAT MEREKA YANG AKTIF DAN KONSISTEN
Baru-baru ini, Fitbit Malaysia secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar pertama untuk pasaran Malaysia, iaitu Fitbit Ionic. Bertindak sebagai pemantau kecergasan buat mereka yang konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat, Fitbit Ionic hadir dengan rekaan muka-jam empat-segi bersaiz 1.42-inci, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 5 hari melaluinya. Dengan menjadi jam tangan pintar, Fitbit turut menawarkan sejumlah aplikasi tambahan untuk dimuatkan.
Jam tangan pintar ini turut menyertakan peneman bersenam dinamakan Fitbit Coach yang menyertakan jumlah serta panduan untuk bersenam dan kekal sihat, mod bersenam baru, memeriksa kandungan kalori yang dibakar serta sokongan untuk menyimpan lagu untuk dinikmati ketika sedang bersenam atau berlari. Pengguna turut boleh memasang aplikasi tambahan pada jam tangan pintar ini. Wow!
Untuk makluman, Fitbit Ionic telah dijual di beberapa lokasi sejak pertengahan bulan Disember 2017 lepas, tetapi dengan pengumuman rasmi ini, ia sekaligus memperlihatkan penawaran Fitbit Ionic secara meluas di Malaysia. Fitbit Ionic boleh didapati dengan harga RM1399.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Februari 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA
Made in Finland, jam tangan Suunto Vertical terbaharu menampilkan peta offline percuma, pengecasan solar dan hayat bateri yang paling berkuasa.
PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3
Jam tangan pintar Montblanc Summit 3 yang mengimbangi teknologi dan legasi
GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN
Sama ada untuk kesihatan, pengembaraan mahupun bergaya, jam tangan pintar Garmin FENIX 7, EPIX GEN 2 dan INSTINCT 2 membariskan fungsi dan teknologi terkini untuk lelaki moden yang aktif.
GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI
Jam tangan pintar Garmin Venu 2 Plus juga dilancarkan dengan kolaborasi pelitup muka istimewa bersama label Jovian oleh pereka fesyen lokal, Jovian Mandagie.
#GLFIRSTGAYAHIDUP KUASAI HARI ANDA DENGAN HUAWEI WATCH GT 3
HUAWEI terus mencabar sempadan dengan HUAWEI WATCH GT 3 yang menghadirkan teknologi moden dan terkini untuk menetap standard baharu pada jam tangan pintar.
HUAWEI WATCH 3 SERIES KINI DI MALAYSIA
HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar paling premium, HUAWEI WATCH 3 Series yang pertama dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan kini boleh didapati secara pra-tempahan di Malaysia.