Skip to content

FITBIT IONIC, KHAS BUAT MEREKA YANG AKTIF DAN KONSISTEN

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, Fitbit Malaysia secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar pertama untuk pasaran Malaysia, iaitu Fitbit Ionic. Bertindak sebagai pemantau kecergasan buat mereka yang konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat, Fitbit Ionic hadir dengan rekaan muka-jam empat-segi bersaiz 1.42-inci, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 5 hari melaluinya. Dengan menjadi jam tangan pintar, Fitbit turut menawarkan sejumlah aplikasi tambahan untuk dimuatkan.

Jam tangan pintar ini turut menyertakan peneman bersenam dinamakan Fitbit Coach yang menyertakan jumlah serta panduan untuk bersenam dan kekal sihat, mod bersenam baru, memeriksa kandungan kalori yang dibakar serta sokongan untuk menyimpan lagu untuk dinikmati ketika sedang bersenam atau berlari. Pengguna turut boleh memasang aplikasi tambahan pada jam tangan pintar ini. Wow!

Untuk makluman, Fitbit Ionic telah dijual di beberapa lokasi sejak pertengahan bulan Disember 2017 lepas, tetapi dengan pengumuman rasmi ini, ia sekaligus memperlihatkan penawaran Fitbit Ionic secara meluas di Malaysia. Fitbit Ionic boleh didapati dengan harga RM1399.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Februari 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

suunto malaysia

SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
montblanc summit 3

PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Bacaan Lanjut

GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut

GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI

Bacaan Lanjut

#GLFIRSTGAYAHIDUP KUASAI HARI ANDA DENGAN HUAWEI WATCH GT 3

Bacaan Lanjut

HUAWEI WATCH 3 SERIES KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut