G-SHOCK MERAIKAN TAHUN TIKUS DENGAN EDISI ISTIMEWA
G-Shock di Singapura baru-baru ini mengumumkan jam tangan edisi istimewa bagi meraikan tahun tikus untuk Tahun Baru Cina 2020. Ini merupakan hasil kolaborasi di antara Jahan Loh, seorang artis dari Singapura dan syarikat pengeluar jam tangan Jepun tersebut.

Edisi terhad ini mempunyai base GA-2100-4A berona merah menyala yang sinonim serta hadir dengan motif keunikan kaum Cina yang merangkumi simbol kekayaan yang baik di band. Menariknya, disertakan sekali corak tradisional berdasarkan teks Cina untuk meraikan umur hayat yang panjang dan rezeki melimpah ruah.


Jam tangan ini turut hadir dengan bekas simpanan menarik yang memaparkan lukisan animasi Jepun yang ditauliahkan oleh Muzium Nasional Singapura dan dihasilkan dengan kerjasama Makmal Animasi Yokohama. Harga masih belum diumumkan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.











