GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN
FENIX 7 SERIES – Eksplorasi Lelaki Aktif
Direka buat lelaki aktif penuh disiplin, Garmin FENIX 7 dihasilkan untuk apa jua bidang eksplorasi. Ia menggunakan paparan solar Power Sapphire yang pertama dengan menggabungkan kristal nilam berkualiti tinggi bersama panel solar dengan paten ketelusan tinggi. Selain reka bentuk bezel yang lebih efisien, sistem Power Manager pula akan membenarkan ketahanan kuasa bateri sehingga 136 jam (model bukan solar) atau 289 jam (model solar) dalam mod Max Battery GPS, ataupun sehingga 57 jam (model bukan solar) atau 73 jam (model solar) dalam mod GPS sahaja.
FENIX 7 merupakan jam tangan pintar pertama dengan teknologi lampu suluh. Ia menyokong empat tahap kecerahan dan lampu merah, serta kebolehan kod Morse yang dapat mengkatifkan signal bantuan SOS dalam keadaan terdesak dan kegelapan. Juga memberikan sokongan keselematan ketika berlari pada waktu malam kerana ia akan bercahaya dengan cahaya putih dan merah setiap kali pengguna menghayunkan tangan.
Apakah kelebihan lain yang menarik mengenai FENIX 7?
– Fungsi skrin sentuh memberikan kawalan yang mudah, terutamanya kala melihat peta. Mudah untuk digantikan dengan fungsi butang ketika melakukan aktiviti lasak, atau melaraskan mod mengikut keadaan semasa.
– Dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti waktu matahari terbit dan terbenam, status cuaca, sensor ABC (altimeter, barometer, 3-paksi kompas elektronik), navigasi peta, dan pengesanan kemalangan.
– Lebih 40 mod sukan turut dilengkapi seperti larian jejak , basikal bukit, renang laut, triathlon, rowing, golf, angkat berat, HIIT dan banyak lagi. Juga terdapat 42,000 lapangan golf di seluruh dunia.
– Real-Time Stamina membenarkan pengguna memahami kekuatan fizikal semasa, membina stamina, serta menyelaras tahap kelajuan dan intensiti mengikut kondisi peribadi untuk mencapai keputusan terbaik.
– Pemantauan mudah kadar kesihatan badan melalui metrik sains seperti kadar degupan jantung, oksigen darah, tidur, kalori, Pulse Ox dan kadar pernafasan melalui Body Battery.
*Jam tangan dengan Corning Gorilla Glass DX direka tahan calar, tetapi ia tidak sekuat lensa Sapphire Solar. Bukan sahaja tahan lasak, lensa Sapphire Solar berkeupayaan untuk menukar cahaya matahari kepada kuasa bateri dan ia lebih kukuh dan tahan lama.
Lebih maklumat mengenai FENIX 7 DI SINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA
Made in Finland, jam tangan Suunto Vertical terbaharu menampilkan peta offline percuma, pengecasan solar dan hayat bateri yang paling berkuasa.
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA
Ini ciri-ciri khas yang ada pada Instinct Crossover, jam tangan pintar terbaru daripada Garmin yang anda perlu tahu!
CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH
Pengguna iPhone kini dapat nikmati pengalaman ciri baharu Apple Fitness+ dengan pembelian baharu atau langganan tersuai aplikasi ini.
PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3
Jam tangan pintar Montblanc Summit 3 yang mengimbangi teknologi dan legasi
PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI
Samsung Malaysia memperkenalkan beberapa buah peranti pintar terbaru bagi melengkapkan gaya seharian anda.