HYBRID HR FOSSIL, PANTAU GAYA DAN KESIHATAN ANDA!
Perlukan jam tangan yang menawarkan gaya dan pada masa yang sama memantau kesihatan anda? Ya, kini anda tidak perlu bersusah lagi! Fossil memperkenalkan Hybrid HR pada rangkaian jam tangan pintarnya. Peranti baru ini dilengkapi dengan pemantau berterusan dan pengesanan kadar jantung serta bateri yang boleh bertahan selama dua minggu dan lebih.

Tambahan baru pada kategori jam tangan pintar hybrid ini menawarkan pengguna maklumat penting dengan hanya sekilas pandang dengan penambahan pengesanan kadar jantung. Terima kasih kepada paparan kuasa yang lebih efisien, pengguna boleh melihat perkembangan terkini tentang hari mereka sambil menikmati rekaan tradisional jam tangan tersebut.

Menampilkan ciri panggilan, teks, kadar denyutan dan pengesanan latihan, cuaca dan banyak lagi membolehkan pengguna melakukan semuanya melalui jam tangan pintar dengan lebih daripada dua minggu hayat bateri dengan sekali pengecasan. Antara ciri-ciri hebat yang ditawarkan adalah:
- Jam tangan ini menggabungkan jam tangan mekanikal dengan paparan bulat dinamik untuk melihat mesej dan makluman aplikasi serta maklumat kontekstual seperti kemas kini cuaca, zon waktu kedua dan banyak lagi.
- Memaparkan statistik kesihatan seperti kadar denyutan jantung, langkah yang diambil, kalori dan masa aktif, juga membolehkan pengguna menyimpan data latihan, menjejaki masa tidur dan mengukur kemajuan sepanjang masa.
- Dengan semua ciri diaktifkan, Hybrid HR boleh bertahan selama dua minggu atau lebih dengan sekali caj.

Ciri lain termasuklah:
- Sesuai dengan iPhone 5 dan iOS10 + dan AndroidTM OS 5.0+
- Mod latihan
- Auto-masa
- Zon waktu kedua
- Kawalan muzik
- Notifikasi aplikasi
- Cuaca
- Penggera
- Jam randik
- Pemasa
- Lampu hadapan untuk suasana gelap
- Kalis air
- Accelerometer
- Pengecasan cepat (60 minit hingga 100 peratus)
- Sambungan Bluetooth®
Kesemua peranti Hybrid HR ini mempunyai pilihan tanpa had untuk jam tangan yang lebih peribadi termasuk tali jam yang boleh dipilih antara kulit, silikon atau keluli tahan karat. Dijual pada harga bermula RM969. Dapatkannya hari ini!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI TWS, PENCIPTA OVERDRIVE ANGTAL CHALLENGE
Kini tular dengan angtal challenge dan lagu baharu berjudul Overdrive di platform media sosial, kenali kumpulan selabel SEVENTEEN ini, TWS.
PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
8 LAGU TERBAIK TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki menyenaraikan 8 lagu terbaik 2025 yang mendominasi carta, media sosial dan emosi pendengar daripada balada jiwa ke pop nostalgik.
5 FILEM KLASIK & IKONIK BERTEMA ‘HOLIDAY’
Salah satu aktiviti di musim perayaan yang membawa nilai nostalgik ialah dengan menonton filem klasik dalam 'holiday season' kali ini.
FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Filem Pangku arahan Reza Rahadian kini ditayangkan di Malaysia dengan jalan cerita penuh peribadi dan menyentuh emosi penonton.
ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Bleu de Chanel, Allure Homme Sport Superleggera & L’Exclusif. Ketahui aroma, personaliti dan gaya pemakaian











