Skip to content

Franck muller vanguard beach

CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU

Kongsikan artikel ini

Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.

Lebih terang dan lebih bold! Franck Muller tampil dengan himpunan arloji terbaharu yang lebih berani dengan membawakan esen kebebasan dan dunia tanpa sempadan. Koleksi Franck Muller Vanguard Beach mempunyai tiga pilihan palet warna yang luar biasa yang pastinya akan menarik perhatian dan mencabar sempadan gaya nan tersendiri.

Franck muller vanguard beach

Buat lelaki dan wanita yang sentiasa membawakan jiwa pengembaraan ke pantai bersama mereka, olahan interpretasi Franck Muller Vanguard Beach dapat membiaskan deruan ombak pantai yang bertenaga. Dengan sinaran mentari terang, ia juga membiaskan energi sukan luncur air dan keindahan pasir pantai yang menenangkan.

Koleksi jam tangan kontemporari Vanguard Beach terbaharu ini hadir dalam tiga pilihan palet warna yang bold; merah bara, biru lautan dan juga hijau musim panas. Jam tangan monokromatik ini melantangkan la dolce vita dengan sentuhan sukan sporty chic, dalam padanan warna yang fashion forward dalam desain jam Franck Muller ikonik.

 

Berikut adalah tiga padanan yang boleh digayakan bersama jam tangan Franck Muller Vanguard Beach terbaharu:

1. Padanan Formal

Jam tangan dalam warna biru luatan kelihatan lebih professional dan formal. Padankan bersama sut ke pejabat, lelaki dapat membiaskan personaliti diri yang tersendiri dan lebih segar.

2. Gaya Sporty

Warna untuk lelaki yang berani. Jam tangan dalam ton merah ini cukup menarik perhatian dalam pengayaan yang lebih sporty. Lantas bakar membiaskan energi yang luar biasa pada penggayaan.

3. Kembara Urban

Lengkapi gaya kembara dengan jam tangan warna hijau musim panas yang sangat bergaya. Sama ada ke destinasi peranginan pantai mahupun kota metropolitan, ia dapat menyerlahkan sisi kembara yang lebih fashion forward.

 

Ekspressi Gaya Arloji Yang Versatil

Mula diperkenalkan pada 2014 oleh rumah arloji asal Geneva, koleksi jam tangan Vanguard mengekspresikan vibe yang kasual dan sporty. Ia menampilkan reka bentuk tonneau yang melengkung dalam memberikan desain keseluruhan yang berkuasa. Kini, jam tangan Vanguard menjadi ikon utama buat Franck Muller yang mengeksplorasi variasi tema melalui penggunakan material, warna dan komplikasi yang pelbagai.

Franck muller malaysia

Terbaharu, rangkaian Vanguard Beach mengetengahkan keunggulan desain dan kejuruteraan material Franck Muller. Jam tangan ini menggunakan bekas Vanguard yang terpilih secara terperinci dan dihasilkan daripada komposit gentian kaca. Lantas, ia menghasilkan bentuk garis yang seakan desiran pasir di pantai. Kombinasi antara warna jam dan tali jam dalam ton yang sama pula diinspirasikan daripada kehijauan dan kebiruan air lautan. Serta pancaran matahari terbenam yang mewarnai langit menjauh.

Selain keunikan estetik yang menarik perhatian, reka bentuk jam Vanguard Beach ini sangat ringan untuk digayakan untuk apa sahaja acara sepanjang hari. Dari pelengkap gaya ke pejabat kepada acara jemputan sekitar kota, jam tangan ini juga boleh digayakan versatil. Ia mempunyai paparan tarikh dan kuasa simpanan 42-jam untuk melengkapkan gaya lelaki urban hari ini.

Jam tangan Franck Muller Vanguard Beach yang hadir dalam warna merah bara, biru lautan dan hijau musim panas boleh didapati secara eksklusif di seluruh rantau Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi arloji terbaharu ini, layari laman rasmi Franck Muller di sini. 

 

Pengarah Kreatif Aizat Aidid Editor Muzammin Muzlan Pengarah Seni Amirul Arifin Pereka Grafik Hilman Hisham Foto Micky Wong (New Storyboards) Grooming Sahir Sabri Dandanan Yusof Ruzaimi Pelatih Amali Zahirah Zulkhairi Model Syahir Shafein Pakaian Dior & Fendi

 

Baca lebih lanjut: KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut