Skip to content

Kebangkitan Legenda Klasik Casablanca 01

KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Memasuki dasawarsa ketiga, Franck Muller terus maju mengolahkan kisah suksesnya sebagai salah satu rumah arloji independent yang tersohor dengan Casablanca.

Terkenal dengan ciptaan jam tangan inventif juga hadir rumit menerusi siri komplikasi yang diciptakan; paling utamanya Franck Muller dikenali menerusi himpunan arloji berbentuk tonneau yang eksklusif buat rumah arloji asal Geneva ini. Kerangka Cintrée Curvex™ yang melengkung dan memiliki kontur yang unik kembali hangat waktu Franck Muller mengolahkan interpretasinya pada tahun 1990-an sebagai salah satu jam tangan kontemporari.

Kebangkitan Legenda Klasik 02

Vanguard Casablanca serba legap

Barisan Vanguard Casablanca terkini tampil memperlihatkan evolusi daripada bentuk tonneau itu, sambil mengadaptasi palet serta penggayaan Cintrée Curvex Casablanca yang laris saat dilancarkan pada tahun 1998. Tatkala himpunan Vanguard diperkenalkan pada tahun 2014, Casablanca membuat penampilan sulungnya dengan V43 yang baru. Secara tidak langsung, mengisi jurang penciptaan casing antara saiz 41 mm dan 42.5 mm; namun ia eksklusif buat pasaran Asia Tenggara sahaja.

Kebangkitan Legenda Klasik 04

Vanguard Casablanca rona Salmon

Asalnya nama Casablanca diambil dari nama filem yang dipertontonkan pada tahun 1942, dibintangi oleh Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman. Bertujuan untuk membangkitkan era petualangan kapal wap dan bandar pelabuhan nan eksotik, Casablanca tampil diolah dalam rincian angka Arab yang besar pada laman dail mendakap rona hangat retro seperti salmon dan karamel.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut