KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA
Demikian, Vanguard Casablanca memperincikan gaya retro pada karya asal dengan konstruksi casing moden yang membiaskan nada maskulin nan sporty. Susuk rekaannya yang tegap dan unik ini diperihalkan lebih unggul oleh Franck Muller daripada versi Vanguard yang terdahulu.

Vanguard Casablanca rona Coklat
Tampil dalam empat warna, Vanguard Casablanca diilhamkan oleh filem dan bandar itu sendiri, serta koleksi Casablanca pertama yang dilancarkan Franck Muller. Terlihat dalam warna hitam, coklat, dan salmon; model keempat adalah eksklusif buat butik Franck Muller di seluruh dunia yang mengadunkan masa dan tarikh serta fitur kronograf. Model ini diolah dalam dail serba gelap yang disuntik rincian aksen biru buat penunjuk indeks masa serta pada sisi jahitan tali jam kulit buayanya.

Model Vanguard Casablanca eksklusif buat butik Franck Muller.
Dikonstruksi sepenuhnya dari keluli, kesemua model dikuasakan kaliber MVT FM 800-DT dan kaliber 2880 untuk model kronografnya. Nadi penggulungan automatik ini dilengkapi dengan sistem rotor dwi-arah yang berpunya rizab kuasa 42 jam dan kalis air pada kedalaman 30 meter.

Selain itu, paparan indeks masa serta jarum disuntik cat kilau Super-LumiNova dan tetingkap tarikh pada posisi jam 6 mengimbangi susuk rekaan keempat-empat model Vanguard Casablanca.
Pautan berkaitan: JEJAKA HOROLOGI TERHANGAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











