Skip to content

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 01

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat!

Kongsikan artikel ini
2 of 4

Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up

Jam tangan pintar generasi ketiga citra Maison Perancis ini mencipta paradigma baru lantas menawarkan tahap penyesuaian dan pemperibadian yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. Setiap elemen Tambour Horizon Light Up telah diimaginasikan semula, lalu diolah kembali dengan susuk konstruksi baru bagi memberikan pengalaman pengguna yang sempurna.

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 02

Malah sistem pengendaliannya juga direka khas. Paling utamanya, pengenalannya menggabungkan dunia seni serta teknologi dengan optimum. Secara tidak langsung, melayangkan kemewahan dalam menjunjung ketukangan jam tangan pintar mewah.

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 03

Impresi pertama yang ditampil oleh jam tangan ini adalah daripada balik lapisan kaca nilam melengkung yang direka khusus, berperan sebagai skrin jam tangan. Ia memaparkan 24 lampu LED dalam kaleidoskop rona aneka warna yang indah. Efek pencahayaannya bakal terbias seolah menari acap kali jam tangan diaktifkan atau menerima notifikasi. Lalu, menghasilkan animasi cahaya yang memukau dari balik case jam berdiameter 44mm.

2 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
Jam Tangan Tahun Arnab

5 JAM TANGAN MENGAGUNGKAN TAHUN ARNAB

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
Rolex Art Weekend 2022

ROLEX ART WEEKEND 2022, KELANJUTAN NILAI TRADISI SENI BUAT REFERENSI MASA DEPAN

Bacaan Lanjut
ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA

ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA

Bacaan Lanjut
FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA

FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut