Skip to content

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 01

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat!

Kongsikan artikel ini
4 of 4

Hublot Big Bang e UEFA Euro 2020™

Di bulan Februari tahun lalu Hublot meluncurkan jam tangan pintar mewah Big Bang e yang bertemakan Premier League. Menyambut perhelatan Euro 2020 Hublot tampil mempersembahkan Big Bang e UEFA Euro 2020™ merangkap jam tangan pintar terkini laksana rumah arloji ini.

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 06

Berlangsung pada Julai tahun lalu, jam edisi terhad kepada 1000 unit ini menyaksikan 12 bendera negara serta ibu kota mengelilingi cincin bezel yang pada mulanya dirancang untuk menjadi tuan rumah. Ia termasuk Itali, Ireland, Denmark, Scotland, Rusia, Jerman, England, Belanda, Hungary, Sepanyol, Romania, dan Azerbaijan. Turut, hadir dengan pilihan tali kulit bertemakan bendera negara yang sepadan.

Jam Tangan Pintar Mewah Terhangat! 07

Casing jam berukuran 42mm kali ini hadir serba hitam berbahankan seramik, berbeza dari versi Premier League yang tampil rona ungu. Hublot melengkapi konstruksi dengan layar sentuh AMOLED 1,2 inci berpunya resolusi 390 x 390 pixel. Layarnya juga diperkasakan dengan lapisan kristal nilam. Berkat penggunaan material seramik hitam itu, Hublot Big Bang e UEFA EURO 2020 bisa tahan air sehingga 30 meter. Lalu, sama seperti jam tangan mekanikal, crown atau kenop dihadirkan buat mengaktifkan fitur pada smartwatch ini.

Pautan berkaitan: KEBANGKITAN LEGENDA KLASIK CASABLANCA

4 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
Jam Tangan Tahun Arnab

5 JAM TANGAN MENGAGUNGKAN TAHUN ARNAB

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
Rolex Art Weekend 2022

ROLEX ART WEEKEND 2022, KELANJUTAN NILAI TRADISI SENI BUAT REFERENSI MASA DEPAN

Bacaan Lanjut
ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA

ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA

Bacaan Lanjut
FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA

FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut