Skip to content

Jejaka Arloji Terkini Bulgari!

JEJAKA ARLOJI TERKINI BULGARI!

Kongsikan artikel ini

Masyhur dengan barisan arloji serta himpunan barang kemas ilham jauharinya, Bulgari memperkenalkan bintang filem Josh O’Connor sebagai ambasador arloji terbarunya.

Jenama mewah ternama Itali ini berbesar hati mengintroduksi perkongsian terkini bersama pelapis lapangan perfileman asal Inggeris, Josh O’Connor. Memerankan komitmen jejaka arloji Bulgari, Josh baru sahaja mengungguli trofi Aktor Terbaik dalam kategori Drama Siri Terbaik di pentas Anugerah Golden Globe Ke-78 tempoh hari. Berlangsung secara virtual, aktor tampan ini dinominasikan menelusuri karakter yang diperankan dalam drama bersiri The Crown; yang mana disiarkan menerusi saluran penstriman, Netflix. Bakal memasuki usia 31 tahun Mei ini, Josh, mewakili pelapis aktor British yang berpunya karier seni yang cerah. Langsung, Bulgari sudah mengikuti kembara seninya lalu bertaruh kepercayaan yang tinggi buatnya.

Segak dalam ceraian Loewe citra Jonathan Anderson.

Tatapan Josh mengenai ketukangan, perincian dan rekaan; tidak tertandingi dengan pelapis anak seni yang lain. Demikian, Bulgari memasang hasrat untuk menyatukan dan menyanjung perpaduan ini. Lalu, memilih Josh sebagai ambasador jam tangan tahun ini. Segak dalam ceraian Loewe citra Jonathan Anderson, Josh melengkapi persalinannya dengan memilih jam tangan Octo Finissimo S dalam material keluli tahan karat berlamankan dail hitam garapan Bulgari.

Jejaka Arloji Terkini Bulgari!, Octo Finissimo S

Arloji Octo Finissimo S, 40mm, garapan Bulgari.

Jam tangan Octo Finissimo S ditenagai oleh pergerakan mekanikal automatik tertipis ciptaan Bulgari. Berpunya ketahanan kalis air sedalam 100 meter, arloji ini dilengkapi rotor mikro platinum lalu memaparkan fitur jam, minit dan saat. Eksen monokromatik disuntik dengan paparan laman dial matte dan jam diperbuat sepenuhnya daripada keluli. Baik buat case dan tali gelang jam yang disempurnakan dengan kemasan gilap satin.

Pautan berkaitan: AARON RODGERS DILANTIK SEBAGAI DUTA JAM TANGAN ZENITH

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut