Kelanjutan Eksplorasi Material Hublot
Diperkasa dalam kesinambungan penyatuan elemennya, Big Bang Integral Ceramic ciptaan Hublot membariskan empat rona baharu dalam meniti eksplorasinya ke seluruh penjuru dunia.
Pada tahun 2020, 15 tahun selepas perkenalannya – barisan arloji Big Bang kini tampil diperkasa dalam konstruksi tali gelang yang disepadukan bersama case jam. Estetika fusion ini turut disatukan sepenuhnya dalam material seramik monoblok lalu dilapisi getah buat cuping, tetapan penolak kronograf serta pada crown-nya.
Menerima pujian atas inovasi ini, Hublot menolak batasan sempadan material seramik dengan memperkasakan keteguhan rintangan anti-calar bahan ini. Langsung, berhasil untuk meningkatkan intensiti serta nuansa warnanya. Big Bang Integral Ceramic memperlihatkan empat warna monokrom baharu ke dalam koleksi, setiap satunya tersedia dalam edisi terhad sebanyak 250 unit.
Membawa pemiliknya mengembara ke seluruh pejuru dunia, empat rona ini mewakili unsur air, bumi dan kayu. Indigo Blue tampil menuruti atmosfera di Taman Majorelle, susur jalanan Chefchaouen di Maghribi juga Bandar Biru Jodhpur di Rajasthan. Sky Blue memperantarai Laut Selatan, lantas Sand Beige pula membayangi hamparan padang pasir di bumi timur tengah serta persisiran pantai Caribbean. Terakhir sekali, Jungle Green mewakili rimbunan hutan hijau hutan tropika.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
SEMANGAT PELAYARAN TUDOR PELAGOS FXD BERSAMA ALINGHI RED BULL RACING
Meraikan kerjasama bersama Alinghi Red Bull Racing, TUDOR mempersembahkan dua model jam tangan Pelagos FXD yang diinspirasikan daripada semangat sukan pelayaran.
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
JEJAKA HOROLOGI TERHANGAT
Punya keterampilan diri dan imej yang berkarisma. Tambah lagi status kerjaya nan unggul membuatkan jejaka-jejaka ini menjadi rebutan.
G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021
G-Dragon dikenali sebagai fesyenista berpengaruh besar dalam industri K-Pop dan sering mencuri perhatian dunia dengan pilihan gaya yang luar biasa.
Geneva Watch Days 2021; Lima arloji unggul pilihan GL!
GL memilih lima arloji unggul yang menarik perhatian sempena minggu arloji Geneva Watch Days 2021 berlangsung.