Hadir dalam case berdiameter 42 mm, Big Bang Integral Ceramic bersedia untuk membawa pemiliknya merentasi perencanaan selama 72 jam tanpa henti yang dijejaki oleh pergerakan UNICO V2 buatan Hublot. Menampilkan kaliber HUB1280, seni bina baharunya hadir lebih tipis dengan pemasangan yang lebih mudah dan kebolehbacaan serta fungsi yang dipertingkatkan.
Disempurnakan dengan gelang bersepadu yang menampilkan tiga pautan bergaya serong dengan permukaan yang digilap kemasan satin. Secara tidak langsung, ia melayangkan efek unik lagi menawan dengan penyatuan estetika fusion yang menyanjung konstruksi bahan monomaterial berbalas intensiti rona monokrom.
Pautan berkaitan: GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
Punya keterampilan diri dan imej yang berkarisma. Tambah lagi status kerjaya nan unggul membuatkan jejaka-jejaka ini menjadi rebutan.
G-Dragon dikenali sebagai fesyenista berpengaruh besar dalam industri K-Pop dan sering mencuri perhatian dunia dengan pilihan gaya yang luar biasa.
GL memilih lima arloji unggul yang menarik perhatian sempena minggu arloji Geneva Watch Days 2021 berlangsung.
Dari arloji ikonik Royal Oak; sehingga peluncuran eksklusif Premier B21 kreasi Breitling bersama pengeluar automotif tersohor, Bentley. Juga generasi terbaru Aquaracer yang hadir istimewa diperbuat dari titanium Gred 2. GL membariskan barisan arloji yang kini hangat mendakap alam nuansa hijau.
Kehangatan memori musim panas dibayangi nada rona biru biasan alam. Arloji Big Bang Unico Summer ditransformasikan Hublot dengan memadukan spektrum sinar mentari yang tampil unik lagi rumit untuk diproduksikan.