Skip to content

KEMASYHURAN 50 TAHUN

Kongsikan artikel ini

RUMAH ARLOJI OMEGA, SEIKO, TAG HEUER SERTA ZENITH MENCIPTAKAN JAM TANGAN EDISI TERHAD BAGI MERAI SAMBUTAN JUBLI EMAS SETIAP HIMPUNAN IKONIK LAGI SUKSES INI.

Himpunan Speedmaster citra Omega, Astron oleh Seiko, Monaco ciptaan Tag Heuer dan El Primero garapan Zenith, masing-masing melangkah ke usia 50 tahun. Keunggulan nadi serta ketukangan pembuatannya terus berdenyut kencang sehingga ke hari ini. Ternyata, setiap himpunan ini hadir dalam pelbagai edisi sebelumnya. Secara tidak langsung, diperkukuhkan sejajar dengan inovasi lapangan arloji yang kian memberangsangkan. Mencitrakan interpretasi terbaru, jam tangan edisi terhad ini hadir bagi merai sambutan jubli emasnya. Sudah pasti ada pengumpul serta pencinta arloji dunia yang mendambakannya. Di samping itu, setiap himpunan punya ceritera di sebalik penciptaannya lalu tampil menjadi item utama bagi setiap rumah arloji ini dan penampilannya terus sukses.

3 of 4

Jam Monaco Calibre 11 Garapan TAG Heuer

DERUAN PERLUMBAAN AUTOMOTIF

Monaco adalah jam tangan bukan konvensional yang lahir daripada visi serta semangat perintis Heuer. Perisian kejuruteraannya adalah yang tercanggih terus dihargai di Eropah lalu merentas benua ke Amerika juga Asia. Steve McQueen memakai Heuer Monaco menerusi filem Le Mans lantas mengikat tali persaudaraan bersama dunia perlumbaan automotif sehingga ke hari ini. Edisi terhad ulang tahun ke-50 Monaco ditampilkan bersama buku meja kopi yang berjudul Paradoxical Superstar. Di mana ia mendokumenkan sejarah serta sorotan teknikal mengenai ikon ini. Susuk rekaan tegap Monaco diolah sama seperti edisi pertamanya yang hadir dengan laman dail logam rona biru metalik. Manakala jarum serta indeks masa disuntik warna merah bagi menerbitkan kontras dan crown dikekalkan di sebelah kiri. Jam ini berdenyut nadi Kaliber 11, di mana pembinaan Calibre 11 adalah hasil kerjasama selama tiga tahun antara Heuer, Breitling dan Hamilton, lalu menjadi kronograf automatik pertama.

3 of 4

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut