Skip to content

KEMASYHURAN 50 TAHUN

Kongsikan artikel ini

RUMAH ARLOJI OMEGA, SEIKO, TAG HEUER SERTA ZENITH MENCIPTAKAN JAM TANGAN EDISI TERHAD BAGI MERAI SAMBUTAN JUBLI EMAS SETIAP HIMPUNAN IKONIK LAGI SUKSES INI.

Himpunan Speedmaster citra Omega, Astron oleh Seiko, Monaco ciptaan Tag Heuer dan El Primero garapan Zenith, masing-masing melangkah ke usia 50 tahun. Keunggulan nadi serta ketukangan pembuatannya terus berdenyut kencang sehingga ke hari ini. Ternyata, setiap himpunan ini hadir dalam pelbagai edisi sebelumnya. Secara tidak langsung, diperkukuhkan sejajar dengan inovasi lapangan arloji yang kian memberangsangkan. Mencitrakan interpretasi terbaru, jam tangan edisi terhad ini hadir bagi merai sambutan jubli emasnya. Sudah pasti ada pengumpul serta pencinta arloji dunia yang mendambakannya. Di samping itu, setiap himpunan punya ceritera di sebalik penciptaannya lalu tampil menjadi item utama bagi setiap rumah arloji ini dan penampilannya terus sukses.

4 of 4

Jam El Primero A386 Revival Edisi Ulang Tahun Ke-50 Ciptaan Zenith

TRIO: VINTAJ, KLASIK & MODEN

Jam tangan legenda berfrekuensi tinggi berfungsi kronograf, El Primero ciptaan Zenith meraikan setengah abad dalam gaya avant-garde. Sekali gus, menjunjung ketepatan denyutan nadi mekanikalnya. Sebagai penghormatan kepada hala tuju legendaris, Zenith menawarkan set kotak ulang tahun yang mengandungi tiga jam berfungsi kronograf. Setiap kaunter kronografnya diolah dengan rona yang berbeza lalu didukung menjadi lambang kepada rumah arloji ini. Pengeluaran semula kepada model El Primero yang pertama pada tahun 1969 disempurnakan dengan jam Chronomaster El Primero dengan pergerakan yang dioptimumkan berserta model Defy El Primero 21 yang berkemampuan mengukur kecepatan sampai 1/100detik. Trilogi edisi terhad kepada 50 set ini adalah lambang konjugasi frekuensi tinggi citra Zenith yang bergabung kecanggihan teknologi serta warisan ketukangan jam tangan Swiss.

4 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU

Bacaan Lanjut

RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK

Bacaan Lanjut
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN

5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN

Bacaan Lanjut

8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK

Bacaan Lanjut

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
omega seamaster planet

PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI

Bacaan Lanjut