KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
OMEGA menampilkan barisan bintang Malaysia yang hebat untuk kempen kali ini. Kempen ini memaparkan Marion Caunter, Hael Husaini, Juwei Teoh, dan Uriah See. Masing-masing memberikan sentuhan unik mereka pada jam tangan ikonik ini. Kempen ini turut menampilkan video di sebalik tabir penggambaran dan menangkap interaksi dinamik para bintang dengan Speedmaster 38mm. Kandungan-kandungan ini memberikan pandangan eksklusif ke dalam proses kreatif kempen ini.


Dilancarkan pada tahun 2017, koleksi Speedmaster 38mm OMEGA menawarkan penggemar mereka gaya mewah dengan penampilan kronograf yang tidak dapat dinafikan. Tahun ini, jenama jam tangan mewah ini telah mengembangkan koleksi tersebut dengan lapan model baru. Dua model dalam Emas Sedna™ 18K OMEGA, dua dalam Emas Moonshine™ 18K, dan empat dalam keluli tahan karat klasik dengan pilihan dua warna dial yang menarik. Antara duta antarabangsa untuk koleksi OMEGA Speedmaster 38mm ini ialah Kaia Gerber, Han So-hee, and Liu Shishi.

Terkenal dengan Speedmaster 38mm “Cappuccino” dalam 18K Sedna™ Gold, reka bentuk ini diilhamkan oleh subdail berbentuk oval yang terdapat pada jam tangan De Ville dari masa lalu. Untuk edisi 2024 ini, dua model dengan casing dalam Emas Sedna™ 18K OMEGA. Kedua-duanya model ini menampilkan dial PVD coklat dan subdial oval mendatar dengan lapisan perak.

Jarum jam dan minit yang diperbuat daripada Emas Sedna™ 18K yang digilap berlian, dipenuhi dengan Super-LumiNova putih yang memancarkan cahaya berona hijau. Salah satu model yang disajikan dengan rantai gelang Emas Sedna™ 18K yang digilap dan disikat, lengkap dengan sistem pelepas keselesaan paten jenama ini. Model yang satu lagi dilengkapi dengan tali kulit coklat dan foldover kancing Emas Sedna™ 18K.
Foto: OMEGA
Pautan Berkaitan: Misi Horologi Angkasa Jam Tangan Omega Speedmaster
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.











