KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.
Dikenali dengan gaya hidupnya yang mewah sebagai pemangku kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johorr Tunku Ismail Idris juga terkenal dengan gaya fesyennya yang ikonik. Item fesyennya yang seringkali menjadi tumpuan semestinya, jam tangannya. Koleksi jam tangan Tunku Ismail yang cukup berprestij menjadikannya idola dalam kalangan pengumpul-pengumpul jam.
Menampilkan cita rasa yang tinggi terhadap keanggunan, koleksi jam Tunku Ismail merangkumi beberapa jenama paling tersohor dalam dunia horologi. Keanggunan abadi jenama Rolex turut menyerlah dalam koleksi beliau. Menerusi himpunan jam tangan yang luar biasa ini, tersingkap keperibadian Tunku Ismail serta penghargaan beliau terhadap pertukangan halus yang unggul, menjadikan koleksinya benar-benar memikat dan mengagumkan. GLAM Lelaki akan senaraikan beberapa jam ikonik dari koleksi Rolex TMJ Tunku Ismail yang menjadi tumpuan kami.
#1 Rolex Cosmograph Daytona 116576TBR
Koleksi Rolex TMJ Tunku Ismail Idris yang pertama merupakan koleksi yang sukar ditemui, memandangkan ia dikeluarkan secara terhad pada tahun 2014. Paparan dial-nya disalut dengan warna biru ais istimewa yang menyerlahkan penampilan yang sejuk dan menyegarkan. Bezel jam ini dihiasi dengan 36 butir berlian potongan baguette, menambahkan lagi kilauan dan sentuhan elegan pada reka bentuk keseluruhannya.
Harga Pasaran: RM1.8 Juta
#2 Turquoise Carbon DIW Celeste Invert
Jam edisi terhad ini berasal daripada model ikonik Rolex Cosmograph Daytona. Dihasilkan dengan ketelitian yang luar biasa, jam eksklusif ini hanya terhad kepada 10 unit di seluruh dunia. Ia menjadikan salah satu koleksi Rolex TMJ Tunku Ismail Idris ini sebuah khazanah yang amat diidamkan dalam kalangan penggemar jam tangan. Turquoise Carbon DIW Celeste Invert menggabungkan elemen sporty Daytona dengan reka bentuk unik yang mencuri perhatian.
Harga Senarai: RM300,000
#3 Cosmograph Daytona “Eye of the Tiger” 116598TBR
Koleksi TMJ Tunku Ismail Idris yang seterusnya diperbuat sepenuhnya daripada emas kuning 18k dan menampilkan bezel menakjubkan yang dihiasi dengan 36 butir berlian potongan baguette. Ia juga disertakan dengan batu nilam berwarna hitam dan kuning. Dial jam ini menyerlahkan identiti namanya dengan corak harimau yang terperinci, lengkap dengan cincin sub-dial sepadan yang menambahkan sentuhan liar dan eksotik pada reka bentuknya.
Harga Pasaran: RM2.7 Juta
#4 Rolex Cosmograph Daytona 116515LN
Jam tangan ini merupakan simbol gaya sebenar, menggabungkan material mewah dengan fungsi berprestasi tinggi. Padanan dial hitam yang menonjol bersama kerangka emas ros menghasilkan penampilan yang berani dan penuh elegan. Diperbuat daripada emas ros 18k, jam tangan ini menampilkan dial meteorit yang eksklusif serta sub-dial kronograf berwarna hitam, memberikan sentuhan mewah dan luar biasa pada reka bentuknya.
Harga Pasaran: RM1 Juta
#5 Rolex GMT-Master II ref. 116759 SANR
Diperbuat daripada emas putih 18K dan dihiasi dengan berlian berkilau serta batu nilam hitam, jam tangan ini menyerlahkan kemewahan dalam setiap perincian. Dial hitamnya menampilkan penanda waktu dan jarum jam daripada emas putih, bersama paparan tarikh dan jarum GMT. Kerangka berdiameter 40mm ini disematkan dengan 76 butir berlian dan 11 batu nilam hitam, manakala gelang jam yang turut diperbuat daripada emas putih dihiasi dengan 96 butir berlian, menjadikannya karya yang cukup memukau.
Harga Senarai: RM500,000
#6 Rolex Cosmograph Daytona “La Barrichello”
Jam tangan ini merupakan antara yang paling jarang dan sangat diidamkan kerana pengeluarannya yang terhad serta reka bentuknya yang unik. “La Barrichello“ menampilkan dial hitam dengan sentuhan warna merah dan kuning yang diinspirasikan daripada bendera Brazil, bersama susun atur subdial yang unik serta fungsi tarikh. Jam ini turut dihiasi dengan tandatangan Barrichello, pelumba kereta itu sendiri, menambahkan sentuhan istimewa pada jam tangan yang sudah pun begitu eksklusif dan memukau.
Harga Senarai: RM200,000
#7 18K Everose Gold Rolex Daytona Rainbow
Jam tangan mewah ini merupakan bukti kehebatan pertukangan dan ketelitian yang sinonim dengan jenama Rolex. Bezel-nya menampilkan susunan berlian berwarna-warni yang memukau, manakala dial pavé melengkapkan estetika keseluruhan dengan sempurna. Kerangka bersaiz 40mm dan gelang jam diperbuat daripada emas Everose, memberikan sentuhan klasik yang mewah dan elegan.
Harga Senarai: RM1.4 Juta
Pautan Berkaitan: 7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON
Koleksi jam tangan mewah milik G-Dragon merupakan salah satu koleksi yang membuatkan peminat fesyen cukup rasa ingin tahu.
BATALION HOROLOGI BAHARU MONTBLANC 2025
Dalam suasana gemilang Watches and Wonders 2025 di Geneva, Montblanc sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia horologi.
BELL & ROSS : MAHAKARYA SKELETONIZATION
Selama dua dekad, Bell & Ross telah mentakrifkan semula seni horologi melalui koleksi ikonik BR-03. Kini, dengan pelancaran BR-03 Skeleton.
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.