7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
Dalam dunia jam tangan mewah, bukan sahaja reka bentuk dan teknologi yang menjadi tumpuan, tetapi juga individu yang mewakili jenama tersebut. Duta jenama memainkan peranan penting dalam mencerminkan nilai, keanggunan, dan aspirasi setiap jenama. Mereka bukan sekadar wajah kempen, tetapi juga ikon gaya hidup yang memberi inspirasi kepada peminat jam tangan di seluruh dunia. Daripada pelakon tersohor Hollywood hinggalah ke bintang Asia yang sedang meningkat naik, berikut adalah tujuh selebriti yang dipilih sebagai duta jenama jam tangan mewah.
#1 Tudor – David Beckham
Ciri-ciri lasak Tudor menawarkan ketahanan terhadap cuaca dan keupayaan pemasaan yang optimum. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk atlet seperti David Beckham, yang turut dilantik sebagai duta jenama Tudor. Beckham muncul di laman web rasmi Tudor dengan memakai pelbagai model jam tangan, walaupun kegemarannya ialah Black Bay 58 yang baharu, Black Bay 58 14K, dan Black Bay klasik. Seperti syarikat itu, atlet ini terus memperbaharui dirinya sebagai model, pelakon, dan ikon gaya. Tudor juga menghargai usaha kebajikan Beckham, yang mendorong perubahan positif di Britain dan di seluruh dunia.

#2 TAG Heuer – Patrick Dempsey
Barisan duta Hollywood TAG Hueur yang memukau merupakan bukti kukuh terhadap hubungan mendalam mereka dengan industri perfileman. Para pelakon lelaki dan wanita yang berani serta komited kepada kecemerlangan ini mencerminkan nilai teras TAG Heuer. Seorang pelakon Hollywood, dermawan, dan bapa, Patrick Dempsey juga merupakan pemandu kereta lumba yang berjaya, sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia bersesuaian dengan konsep TAG Hueur yang mementingkan kekuatan.

#3 Omega – George Clooney
Daya tarikan ‘Old Hollywood’ George Clooney, kerjaya lakonan yang cemerlang, serta semangat kemanusiaannya yang mendalam menjadikannya padanan ideal untuk menjadi duta jenama jam tangan Omega. Namun, satu fakta yang kurang diketahui ialah pelakon ini turut mempunyai minat mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas, yang membuatkan beliau jatuh cinta dengan Speedmaster Moonwatch. Clooney telah menghadiri pelbagai acara Omega dan bahkan pernah menjalani lawatan istimewa ke kilang Omega di Switzerland. Antara model kegemarannya termasuk Speedmaster 57, Seamaster Aqua Terra, dan De Ville Tresor.

#4 Piaget – Apo Nattawin
Piaget, House of Extraleganza, telah melantik bintang Thailand Apo Nattawin sebagai duta globalnya pada April 2024, selepas kira-kira setahun bergelar rakan jenama. Bersama barisan duta Asia Pasifik Piaget yang lain, daya tarikan remaja Apo sangat serasi dengan koleksi jam tangan dan barang kemas Piaget yang menampilkan kemewahan penuh elegan.

#5 Rado – Ji Changwook
Ji Chang-Wook ialah nama yang tidak asing lagi di Korea Selatan dan juga di peringkat antarabangsa. CEO Rado, Adrian Bosshard, pernah menjemput duta jenama global Ji Chang-wook ke Switzerland untuk melawat ibu pejabat Rado. Di sana, beliau mempelajari rahsia yang menjadikan Rado sebagai Masters of Materials, serta berpeluang menguji sendiri ketahanan calar seramik berteknologi tinggi Rado dan menyaksikan sendiri perbezaan yang ditawarkan oleh Rado.
,aspect=fill;Crop=(0,0,787,1399),gravity=Center)
#6 Tissot – Lee Dongwook
Lee Dong Wook telah menjadi duta jenama Tissot di negara asalnya, Korea Selatan, sejak Mac 2022. Beliau dipilih untuk peranan ini kerana legasi lakonannya yang mengagumkan serta nilai-nilai yang selari dengan komitmen jenama Tissot. Lee Dong Wook telah tampil dalam pelbagai kempen, termasuk koleksi PRC 100 Solar dan PRX.

#7 Tag Heuer – Ryan Gosling
Digambarkan oleh The New York Times sebagai “salah seorang pelakon paling menarik dalam generasinya,” Ryan Gosling tidak pernah berhenti mencabar dirinya untuk melangkaui batas bidangnya. Sama seperti TAG Heuer dalam bidang mereka sendiri. Ikon gaya yang sentiasa bersedia untuk aksi. Antara seleksi pilihan Gosling dari TAG Heuer ialah Carrera Chronograph dan Carrera Date.

Pautan Berkaitan: KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026
Audemars Piguet telah diiktiraf bagi kategori Jam Tangan Kalendar & Astronomi di acara Grand Prix d’Horlogerie de Genève tahun ini menerusi model jam tangan poket 150 Heritage. Kemenangan ini membuktikan kepercayaan para pakar industri kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.











