LEGASI OMEGA SEAMASTER DIVER 300M DIPERKUKUH DENGAN REKAAN SERBA BARU
Selama 170 tahun kegemilangan OMEGA dalam melengkapi stail dan gaya kaum lelaki, diselangi detik-detik istimewa lagi eksklusif. OMEGA kini hadir dengan OMEGA Seamaster Professional Diver 300M, model jam yang menyambut ulangtahunnya yang ke-25 tahun ini, sebagai satu legenda khusus buat peminat jam tangan lelaki. Sudah pasti hati siapa yang tidak tertawan dengan keunggulan reka cipta jam tangan mewah ini apatah lagi ia disarung gah oleh Daniel Craig, aka James Bond yang separuh menyelam dengan sut mewah, menyarung koleksi terbaru OMEGA Seamaster ini.

Ciri-ciri utamanya ialah ia dilengkapi cincin bezel seramik yang berputar dengan skala masa 60 minit, dikemaskan dalam pilihan Ceragold™ atau enamel putih. Ini bertujuan untuk membantu penyelam untuk memahami tempoh masa menyelam. Setiap perincian pada laman dail juga diselaraskan. Adalah penting untuk jarum minit, saat serta jam dibezakan dengan ketara. Jadi, keterbacaan indikasi yang jelas telah dicapai dengan suntikan Super-LumiNova, yang memberi aspek ‘glow in the dark’ agar mudah dibaca ketika di laut dalam.

Mempunyai diameter lebih besar, setiap satu daripada 14 model Seamaster Diver 300M ini digarap dengan diameter 42mm, dengan dail seramik baru (dalam pilihan hitam, biru atau PVD Chrome) yang memaparkan corak ombak potongan laser. Penanda jam juga ditimbulkan, memberi efek tiga dimensi untuk menggalakkan bacaan yang jelas. Tingkap tarikh pula dipindahkan ke posisi 6 untuk memberi pesona simetri yang elegan.

Melalui verifikasi standard COSC, iaitu satu lembaga persendirian yang berkuasa menguji akurasi nadi mekanikal dengan cukup teliti. Dan COSC memperakui Omega Seamaster Diver 300M ini, yang dikuasakan nadi Master Chronometer Caliber 8800. Ia mempunyai ketepatan tinggi, prestasi luhur, dan yang paling penting, juga kalis rintangan magnetik.
Kalis air hingga 300m, semestinya antara satu lagi ciri yang cukup penting pada jam penyelam, Omega Seamaster Diver 300M dilengkapi injap pelepasan helium yang telah direka baru, dalam bentuk kon yang sudah dipatenkan oleh Omega, untuk membolehkan operasi mudah pabila berada di dalam lautan.


Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin, 21 November 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.











