MONDAINE PERSEMBAHKAN ‘ESSENCE’ – JAM PERTAMA MESRA ALAM GUNAKAN KOMPOSIT MINYAK
Mondaine melancarkan inovasi antarabangsa dalam industri jam tangan dengan siri baharu ‘essence’. Jam tangan pertama yang dicipta menggunakan komposit minyak jarak untuk selongsong, SBB essence Mondaine juga menggunakan getah asli untuk tali dan datang dengan selongsong yang boleh diguna semula diperbuat daripada PET yang dikitar semula.

Mondaine essence (PRNewsfoto/Mondaine Watch Ltd.)
Dengan SBB essence, Mondaine mempamerkan bukan sahaja semangat inovasi – sebagai syarikat jam tangan pertama yang cuba menggunakan minyak jarak dalam pembuatannya – tetapi juga memberikan isyarat yang jelas terhadap kelestarian dan meningkatkan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam.

Asas estetik SBB essence yang jelas dan menarik sama pentingnya dengan kematanan moden yang sebenar. Meraikan cara pemikiran dan kehidupan yang mudah, ia menampilkan paparan ikonik jam kereta api Swiss yang anggun dan diperkemas, yang sememangnya terkenal bagi Mondaine. Dalam gaya yang tak lapuk dek zaman, ia menggabungkan hasil kerja tangan Swiss yang klasik dengan kaedah pembuatan yang inovatif. Komposisi utama essence ialah bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui: Selongsongnya diperbuat daripada 70% minyak jarak dan gentian kaca, dan tali jam diperbuatkan daripada kira-kira 40% getah asli. Mondaine mengambil pendekatan yang holistik terhadap idea kitaran sumber.


Oleh itu, essence dibekalkan dalam kemasan lembut seakan-akan kain felt kelabu diperbuat daripada botol PET yang dikitar semula yang boleh digunakan semula sebagai selongsong perlindungan bagi telefon mudah alih, cermin mata gelap dan banyak lagi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.










