OMEGA DE VILLE TRÉSOR SMALL SECONDS SUDAH TIBA DI BUTIK
Bersempena menyambut kedatangannya, OMEGA melaksanakan kempen terbaru buat barisan De Ville Trésor yang prominen langsung menampilkan ambasadornya; Hyun Bin.
Pilihan terkini model himpunan jejakanya, De Ville Trésor telah tiba di butik OMEGA di Malaysia. Dicirikan dengan casing yang nipis lagi elegan, barisan Trésor yang pertama kali diperkenalkan oleh OMEGA pada tahun 1949 memasangkan pergerakan kaliber 30mm nan legenda. Lebih setengah abad kemudian, ia terus menarik perhatian sebagai salah satu pergerakan mekanikal termaju hari ini dengan kaliber baharu citra rumah arlojinya sendiri 8935.
Ketibaan OMEGA De Ville Trésor Small Seconds disambut dengan keluaran kempen terbarunya yang tampil digayakan oleh Hyun Bin. Di mana merupakan seorang pelakon Korea yang punya wawasan yang tinggi serta aura yang mempesonakan. Imej kempen yang menggabungkan nada sofistikated dalam kelasnya tersendiri ini dipadukan bersama karisma Hyun Bin yang menebal. Terus, mendakap intipati OMEGA De Ville Trésor Small Seconds dalam memancarkan spirit klasiknya yang kekal menawan; menjadikannya padanan yang sempurna buat himpunan lelaki moden ini.
De Ville Trésor berdiamtere 40mm ini dikonstruksi berpunya siluet ramping binaan material emas kuning 18K yang digilap. Kemudian, disempurnakan dengan tali kulit rona kelabu. Permukaan arlogi yang berlapiskan kristal melindungi laman dail keperakan yang direka berkubah. Paparan rizab kuasa pada kedudukan jam 12, serta indikasi kaunter saat kecil atau Small Seconds pada posisi jam 6, bersama-sama jarum juga indeks masa yang diolah berkubah dalam emas kuning 18K ini melengkapi sisi kosmetik arlojinya.
Himpunan yang terbilang ini adalah pilihan utama OMEGA dalam menggabungkan nada kesederhanaan serta kehalusan. Bahagian dalamannya pula dikuasakan oleh OMEGA Co-Axial Master Chronometer Caliber 8935 yang diperakui pada piawaian ketepatan yang menawarkan prestasi kronometrik serta rintangan magnet yang cemerlang sehingga 15,000 Gauss.
OMEGA De Ville Trésor Small Seconds juga tersedia dalam casing 40mm bermaterialkan emas Sedna™ 18K yang digilap. Model emas Sedna™ 18K ini dipersembahkan bertali kulit rona burgundy beserta laman dail berkubah berlapiskan lakuer dalam rona yang sepadan.
Pautan berkaitan: IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.