IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.
Time is what you make of it, and Swatch believes there should be more time for art in people’s everyday lives. Dalam meneruskan siri jam tangan Museum Journey yang popular, Swatch membuka pintu kepada dunia seni moden dan kontemporari dengan menampilkan karya-karya ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.

Sejak 1985, label jam tangan ini telah menghasilkan himpunan jam tangan eksklusif Swatch Art Special. Tahun ini pula, Swatch terbang ke kota Paris untuk mempersembahhkan enam karya agung daripada Centre Pompidou. Enam karya telah diimaginasikan kepada desain jam tangan yang unik, termasuklah daripada Frida Kahlo, Amedeo Modigliani, Robert Delaunay, Vassily Kandinsky, dan Piet Mondrian.

Sinergi seni antara label jam tangan dan muzium seni ini cukup jelas. Kedua-duanya dalam misi mahu menjadikan seni itu dekat dengan semua lapisan masyarakat. Lantas, relovusi seni ini akan membawakan terus karya-karya ikonik ini terus ke pergelangan tangan peminat seni yang belum berpeluang untuk melawat sendiri Centre Pompidou.
Imaginasi enam karya ikonik Centre Pompidou yang digunakan dalam kolaborasi kali ini menjanjikan kelainan dalam simbahan warna dan budaya yang mengagumkan. Karya-karya tersebut termasuklah:
- PORTRAIT OF DEDIE, BY AMEDEO MODIGLIANI (1918)

- CAROUSEL, BY ROBERT DELAUNAY (1922)

- EIFFEL TOWER, BY ROBERT DELAUNAY (1926)

- THE FRAME, BY FRIDA KAHLO (1938)

- BLUE SKY, BY VASSILY KANDINSKY (1940)

- RED, BLUE AND WHITE BY PIET MONDRIAN (1936)

Koleksi Swatch X Centre Pompidou boleh didapati di stor atas talian dan secara fizikal bermula 10 Mac. Juga di butik Centre Pompidou dan stor atas talian mereka. Manakala koleksi Swatch X YOU Centre Pompidou yang menampilkan tiga desain berbeza akan dilancarkan pada 24 Mac 2022.
Foto: Swatch Malaysia
Baca lebih lanjut: THE SIMPSONS – INSPIRASI BUDAYA POP LEVI’S
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.











