OMEGA DE VILLE TRÉSOR SMALL SECONDS SUDAH TIBA DI BUTIK
Bersempena menyambut kedatangannya, OMEGA melaksanakan kempen terbaru buat barisan De Ville Trésor yang prominen langsung menampilkan ambasadornya; Hyun Bin.
Pilihan terkini model himpunan jejakanya, De Ville Trésor telah tiba di butik OMEGA di Malaysia. Dicirikan dengan casing yang nipis lagi elegan, barisan Trésor yang pertama kali diperkenalkan oleh OMEGA pada tahun 1949 memasangkan pergerakan kaliber 30mm nan legenda. Lebih setengah abad kemudian, ia terus menarik perhatian sebagai salah satu pergerakan mekanikal termaju hari ini dengan kaliber baharu citra rumah arlojinya sendiri 8935.
Ketibaan OMEGA De Ville Trésor Small Seconds disambut dengan keluaran kempen terbarunya yang tampil digayakan oleh Hyun Bin. Di mana merupakan seorang pelakon Korea yang punya wawasan yang tinggi serta aura yang mempesonakan. Imej kempen yang menggabungkan nada sofistikated dalam kelasnya tersendiri ini dipadukan bersama karisma Hyun Bin yang menebal. Terus, mendakap intipati OMEGA De Ville Trésor Small Seconds dalam memancarkan spirit klasiknya yang kekal menawan; menjadikannya padanan yang sempurna buat himpunan lelaki moden ini.
De Ville Trésor berdiamtere 40mm ini dikonstruksi berpunya siluet ramping binaan material emas kuning 18K yang digilap. Kemudian, disempurnakan dengan tali kulit rona kelabu. Permukaan arlogi yang berlapiskan kristal melindungi laman dail keperakan yang direka berkubah. Paparan rizab kuasa pada kedudukan jam 12, serta indikasi kaunter saat kecil atau Small Seconds pada posisi jam 6, bersama-sama jarum juga indeks masa yang diolah berkubah dalam emas kuning 18K ini melengkapi sisi kosmetik arlojinya.
Himpunan yang terbilang ini adalah pilihan utama OMEGA dalam menggabungkan nada kesederhanaan serta kehalusan. Bahagian dalamannya pula dikuasakan oleh OMEGA Co-Axial Master Chronometer Caliber 8935 yang diperakui pada piawaian ketepatan yang menawarkan prestasi kronometrik serta rintangan magnet yang cemerlang sehingga 15,000 Gauss.
OMEGA De Ville Trésor Small Seconds juga tersedia dalam casing 40mm bermaterialkan emas Sedna™ 18K yang digilap. Model emas Sedna™ 18K ini dipersembahkan bertali kulit rona burgundy beserta laman dail berkubah berlapiskan lakuer dalam rona yang sepadan.
Pautan berkaitan: IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan
Memperkasakan posisinya sebagai Master of Materials, Captain Cook High-Tech Ceramic Diver terbaru adalah refleksi ketukangan DNA Rado yang kekal teguh dengan paradigma tersendiri.
SEJARAH PERCINTAAN HYUN BIN: DARI SONG HYE KYO KE HAN JI MIN
Kenali barisan selebriti wanita terkenal yang pernah bertakhta di hati Hyun Bin sejak lebih sedekad lalu.
TAG Heuer Connected Calibre E4: Prestasi Lebih Perkasa, Kini Tersedia Dalam Dua Saiz
TAG Heuer tampil membentangkan generasi keempat barisan Connected Calibre E4. Jam tangan pintarnya yang dikonstruksi untuk menjulang prestasi sukan yang terbaik berbalas susuk rekaan nan sofistikated.
PERKAHWINAN SERBA MEWAH HYUN BIN & SON YE JIN
Pasangan K-Drama kegemaran ramai, Hyun Bin dan Son Ye Jin dikhabarkan bakal bergelar suami isteri pada 31 Mac ini.
IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.
Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex
Mengambil lokasi di The Starhill, Cortina Watch membuka semula gerbang butik Rolex lantas menjadikannya butik pertama dengan konstruksi fasad menentangi hamparan peruncitan mewah paling ikonik ibu kota.